Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin mendedahkan empat jenis pil yang perlu diambilnya dalam usaha mendapatkan rezeki zuriat.
Menerusi salah satu entri di Instagram yang turut dilampirkan dengan berapa video pendek, bintang berusia 36 tahun itu difahamkan mengambil pil tersebut atas nasihat doktor sebagai antara proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukannya.
“Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Today consultation day lagi dgn @sophea_fertility.
“Okayh mana2 yg tya i dah start mkn ubat apa ? Nah share , tiap pagi amik Folic Acid , Vitamin D , Coenzyme Q10 & Multi Vitamine.
“Selebihnya boleh dengar jawapan Doc dekat You Tube Elizad Sharifuddin Officially . Love @sophea_fertility,” tulisya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Terdahulu, bekas hos Mingguan Wanita itu kini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lima tahun berumah tangga dan kini turut menghadkan komitmen seninya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 lalu.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat ada berkongsi foto hitam putih serta petikan kata-kata daripada ilmuan, Jalaluddin Rumi.
Ayat tersebut membawa maksud hanya diri kita sahaja yang mampu menempuhi setiap cabaran yang berlaku di dalam hidup ini.
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis.
Antara yang turut memberikan kata-kata semangat buat Fazura ialah pelakon jelita, Mimi Lana.
Menurut Mimi, dia berharap agar Fazura diberikan kesabaran yang tinggi untuk menempuh setiap cabaran yang berlaku saat ini.
“Semoga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan kamu. Semoga kamu berjaya menempuhi segala ujian ini dengan penuh kesabaran,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon terkenal, Fasha Sandha juga memanjatkan doa agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk insan baik ini,” kongsinya.
Pada masa sama, aktres Uqasha Senrose turut meluahkan dirinya akan sentiasa menyayangi Fazura walau apapun yang berlaku kepadanya saat ini.
“Saya sayang awak kakak,” ujarnya.
Dalam pada itu, para netizen turut tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu.
“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat.
“Teruskan berjalan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.
“Tidak mengapa. Aturan Allah itu indah. Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Kami semua tahu Kak Faz kuat semangat. Demi diri sendiri dan anak. Allah selalu ada dengan Kak Faz. Kami semua menyokong akak.
“Sedih dengar berita ini tapi kamu layak untuk bahagia. Semoga Allah beri kamu kekuatan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Media bagaimanapun melaporkan, butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!