Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil menanti detik untuk menimang cucu sulung tidak lama lagi.
Malah, majlis baby shower turut diadakan oleh anaknya, Dr. Puteri Julia Nabilah pada April lalu.
Perkara itu dikongsikan Ziela menerusi Instagrammya, baru-baru ini.
Terdahulu, Julia mengumumkan jantina anaknya sebaik sahaja memotong kek, kelihatan warna kek tersebut adalah berwarna merah jambu.
Lantas, ia memberikan simbolik bayi yang bakal dilahirkan ialah cahaya mata perempuan.
Untuk rekod, Julia dan suami, Dziya Faqhran Mahmod Fauzi diijabkabulkan pada 1 Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Ziela Jalil