Categories: Uncategorized

[GAMBAR] Serba Merah, Ini Sekitar Majlis Akikah Anak Angkat Abby Abadi, Puteri Norman Hakim

Share

Menerusi Instagram, Abby Abadi ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis akikah anak angkat, Daiyan Fayyadh. Turut dilangsungkan, majlis sama buat cahaya mata bongsu Norman Hakim, Mikayla Delisha di kediaman Abby.

Lengkap dengan persalinan serba merah, kedua-dua keluarga itu mengadakan majlis terbuka hari raya pada masa sama.

Turut meraikan ialah rakan selebriti seperti Azza Elite dan Linda Rafar.

Terdahulu, anak ketiga Norman Hakim dan Mememy Suhaiza itu dilahirkan pada 12 Julai sementara bayi angkat Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari pula diambil mereka pada 27 Jun lalu.

Berikut antara foto dan video yang dimuat naik Abby.