Atlet paralimpik negara, Anas Zul Amirul Sidi telah melangsungkan majlis pertunangan bersama gadis pilihannya, Suffi Mazatulnizam.
Menariknya, majlis tersebut diadakan secara sederhana apabila mereka hanya mengenakan T-shirt dan baju kurung moden sahaja.
Perkara itu dikongsikan Suffie atau mesra disapa Sue dan mulai tular di media sosial lewat petang semalam.
“Im engaged,” tulis Sue yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Komunikasi & Media
im engaged ?????✊??❤ pic.twitter.com/1hNdtm1wG2
— . (@Suuuuee__) March 31, 2019
Menjengah di Twitter atlet berusia 19 tahun itu pula, dia juga turut berkongsi detik terindah bersama tunagnnya itu.
“Kami tiada hantaran. Hanya buah tangan saya bawa dan pihak perempuan hulur duit kepada mama dia untuk masak makan tengah hari bersama..
“Kos perbelanjaan cincin saya termasuk cincin nikah. cincin emas rm700 drpd harga rm1200, cincin tunang (silver) hanya rm80,” tulis Anas.
Lebih romantik, apabila Anas ‘memberanikan’ diri untuk melamar Sue sambil melutut.
saya tk pandai cakap bahasa inggeris. i cuba lh ye ? ?❤ pic.twitter.com/tbWD9CjK89
— anas ✨ (@_mp_nas29) April 1, 2019
Untuk rekod, Anas telah meraih pingat perak dalam acara sukan renang 50m S5 (kecatatan anggota kaki) dan mewakili negara di temasya Sukan Para Asia di Busan 1998.
Dia juga berpengalaman beraksi di temasya Paralimpik Beijing 2008.
Foto / Video : Twitter Anas, Sue
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI