
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce ada memuat naik gambar terbarunya Instagram.
Entri tersebut memaparkan Ain sedang ber”OOTD” sambil menikmati percutiannya di Thailand.
Entry Ain tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian netizen yang fokus terhadap ketiaknya kelihatan putih dah bersih.
Rata-rata netizen memuji cara pelakon tersebut menjaga kebersihannya dirinya itu
Pada pendapat MH, menjaga kebersihan diri ini amatlah penting terutamanya di bahagian-bahagian sensitif.
Apa-apa pun MH suka sangat dengan fesyen Ain ni. Tak pernah tak ‘stylo’. Suka tengok!
Foto: Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Nak Tengok Wayang Dan Pergi Masjid,” – Fasha Sandha

Pelakon popular, Fasha Sandha akui rindu untuk menonton wayang selepas beberapa bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang wabak pandemik Covid-19.
Kongsi figura cantik itu, dia teruja apabila Facebook rasmi GSC Cinema memuat naik status terkini.
“I come with girlfriend/boyfriend, cannot sit together meh?”
“I come with my friend, can sit together ah?”
“From same house, cannot ah?”
“Can sit on my lap ah?”
HELLO. CANNOT,”tulis laman Facebook rasmi GSC Cinema.
Lantas, perkara itu telah menarik minat pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa untuk memberikan reaksi.
“Hello July!
Bismillahirahmanirahim July Please be nice to us…
Yeay hari ni dapat gambaq ni, rinduuuuu nak pegi cinema…
“Siapa rindu nak tengok wayang, rindu nak p masjid , macam kami?
Have a good day Kesayanganku,” tulisnya.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial seperti majlis kenduri, majlis perkahwinan, majlis keagamaan, reunion dan majlis hari jadi adalah dibenarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Bagaimanapun, penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.
Mereka juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai penutup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.
Foto : Facebook GSC Cinema, Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Ada Pusar Rambut Depan Kepala, Shila Amzah Tanya Apa Maknanya. Netizen Kongsi Reaksi

Selepas bergelar seorang ibu, penyanyi Shila Amzah kini dilihat lebih gemar berkongsi perkembangan anak pertamanya, Seth Uwais.
Lalu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah ada berkongsi mengenai pusar rambut anaknya yang tumbuh di bahagian dahi.
“Apalah maksud pusar kat betul2 depan kepala ni? @sethuwais Ada tak baby Korang yang pusar dia kat tempat lain selain dari tgh2 kepala?,” tulisnya.
Lalu, perkongsian penyanyi lagu Tiada Dirimu ini mendapat pelbagai reaksi peminat.
Malah, ada juga menyarankan agar penyanyi berusia 29 tahun itu tidak mudah mempercayai perkara karut atau tidak benar.

Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu telah selamat bergelar ibu, pada 31 Ogos yang lalu.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Seluruh Ahli Keluarga & Orang Sekelilingku Dilindungi Virus COVID-19,” – Doa Datuk Seri Siti Nurhaliza, Pohon Yang Terbaik Buat Aafiyah

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberi dedikasi serta doanya buat permata hari, Siti Aafiyah menerusi satu entri Instagram yang dikemas kininya pada Ahad.
Sambil berdoa pada Yang Maha Esa agar puterinya itu menjadi muslimah berjaya dunia akhirat, bintang yang kini muncul dengan lagu baru berjudul 7 Nasihat itu turut mendoakan agar semua dilindungi dari COVID-19 yang kini menjadi krisis negara.
Foto yang dimuat naik merakamkan Aafiyah sedang berbaring di sejadah.
“Subhanallah.. anak ibu soleha ni.. Semoga Allah swt makbulkan doa ibu.. Semoga seluruh ahli keluargaku & orang sekelilingku di lindungi virus covid-19.
“Di perkuatkan keimanan & keberkatan dunia serta akhirat..Anakku Aafiyah sentiasa di bawah lindungan Mu ,di angkat martabatnya , di takdirkan yang baik baik hidupnya serta menjadi muslimah berjaya dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen turut dihujani dengan reaksi peminat dan rata-ratanya turut ‘mengaminkan’ doa yang disampaikan.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI