
Pelakon, Julia Ziegler mengadakan majlis ‘baby shower’ hari ini, sempena menanti kelahiran anak pertamanya tidak lama lagi.
Dia juga turut berkongsi foto ‘baby shower’ tersebut di laman Instagramnya.
“Little J is on the way. J&J baby shower,endless love” tulisnya.
Pelakon itu berkahwin dengan seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada Januari 2017.
Apa-apapun, jom kita lihat foto-foto majlis tersebut.
Foto/Instagram: Julia Ziegler
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Menunggu Kerjasama Daripadanya,” – Mahu Rekod Keterangan & Dapatkan Lakaran Wajah Suspek, Polis Minta Lufya Omar Bawa Anak Ke Balai Polis

Polis meminta agar pelakon dan penyanyi, Lufya Omar untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Selangor pada 26 Jun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mahu Lufya membawa anaknya yang berusia 5 tahun ke balai polis bagi merekodkan keterangan berhubung insiden tersebut.
Katanya lagi, pihaknya juga ingin mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
“Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya,” katanya,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Pada Jun lalu, MH melaporkan mengenai insiden yang menimpa Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Awani & Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Fakta Tentang Mariam Abdul Aziz, Bonda Kesayangan Pengiran Muda Abdul Mateen

Perkahwinan di antara Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam menjadi perhatian dunia.
Majlis gilang gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun.
Ketika Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berlangsung, satu momen istimewa dan menyentuh hati terjadi pada saat bonda Pengiran Muda Abdul Mateen, Hajah Mariam bersama dua kekandanya naik ke pelaminan untuk melakukan adat tersebut.

Dapat dilihat Hajah Mariam tidak dapat menahan sebak dan mengesat air mata. Jadi siapakah susuk ibu putera yang terkenal seluruh dunia ini? Jom kita selusuri serba sedikit tentang beliau.
- Hajah Mariam binti Abdul Aziz dilahirkan pada 28 Januari 1956 kepada pasangan Abdul Aziz bin Abdullah dan Pengiran Hajah Rashida.
- Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang pramugari bersama Royal Brunei Airlines sebelum bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
- Hajah Mariam kemudiannya berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tanggal 28 Oktober 1981.
- Menerusi perkahwinan ini, Hajah Mariam dan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan empat orang cahaya mata. Dua lelaki dan dua perempuan.
- Selain Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan anak bongsunya bersama Sultan Hassanal Bolkiah, tiga lagi anaknya adalah Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah
- Anak sulungya bersama Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim telah mangkat pada tanggal 24 Oktober 2020 ketika berusia 38 tahun.

- Ketika bergelar isteri sultan, Hajah Mariam menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam binti Abdul Aziz secara rasmi.
- Jodohnya tidak panjang apabila rasmi bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun Februari 2003. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama kira-kira 22 tahun.
- Walaupun sudah bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa pingat kehormatnya ditarik semula, secara rasmi Hajah Mariam masih memiliki gelaran. Kini secara rasmi beliau menggunakan gelaran Yang Mulia Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam.
- Beberapa lokasi dan bangunan di Brunei mengabadikan nama beliau antaranya Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Peminat Lihat Di Instagram Itu Sebenarnya Ya, Saya Mula Pakai Tudung Sejak 3 Hari Lalu,” – Wan Sharmila

Pelakon Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed menjelaskan, dia sudah lama menyimpan hasrat menutup aurat dan nekad melakukan perubahan itu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 12 Oktober lalu.
Memetik mStar, bintangi ini sebenarnya agak ‘takut’ untuk berkata ‘ya’ andai ada yang bertanya mengenai penampilan terkininya itu.
“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.
View this post on InstagramA post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on
“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post.
“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama tapi nak mulakan itu memang takut. Jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Wan Sharmila turut mengakui penampilannya yang mengenakan hijab menerusi beberapa buah drama yang dilakonkan sebelum ini adalah permintaan peribadi dia sendiri selain memilih persalinan bersesuaian.
View this post on InstagramThis heart of mine was made to travel this world. 🦋 #osaka
A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on
“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain.
“Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,” jelas Wan Sharmila.
Sementara itu, pelakon ini tidak rasa takut andai tawaran lakonan berkurangan memandangkan dirinya percaya rezeki pasti akan lebih luas selepas ini.
“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.
“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,” pinta Wan Sharmila.
Terdahulu beberapa entri foto dan video yang dikongsikannya menerusi Instagram yang menutup aurat mendapat perhatian dan para peminat turut mendoakan agar pelakon ini terus istiqamah.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI