
Program nyanyian Gegar Vaganza 5 bakal melabuhkan tirainya pada Ahad ini.
Namun begitu, belum pun habis konsert final, para peminat telah pun menamakan beberapa calon untuk menyertai pertandingan nyanyian tersebut pada musim hadapan.
Antara nama yang disebut-sebut ketika ini ialah vokalis kumpulan rock 90-an, Sham Visa yang pupolar menerusi lagu Dalam Gerimis.
Agak-agak korang ingat lagi tak siapa Sham Visa ni? Jom MH kongsikan gambar terkini penyanyi popular zaman 90-an itu.
Ketika ini, Sham dilihat aktif berkongsi aktiviti hariannya di laman Instagram.
Lantaran itu, gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sham sering kali dihujani komen peminat yang mahu melihatnya beraksi di pentas Gegar Vaganza musim hadapan.
Agak-agaknya tercapai tak hajat peminat untuk melihat kemunculan semula Sham di pentas GV musim hadapan?
Sama-sama kita nantikan keputusannya!
Foto: Instagram Sham Visa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
45 Tahun Gemilang ‘Sifu’ Muzik Melayu, Konsert Skala Besar M Nasir Pukau 8,000 Penonton!

Karya agung 45 tahun tersergam indah yang dirangkumkan dalam tiga jam 30 minit nyata memberikan kepuasan buat mereka yang hadir ke konsert mestro muzik negara M. Nasir di Axiata Arena pada tanggal 10 Ogos lalu.
Konsert yang diberi nama Konsert Datuk M N45IR Cipta itu telah memukau hampir 8,000 penonton menerusi rangkaian 30 buah lagu daripada lebih 3,000 karya yang pernah dihasilkan oleh M Nasir.
Berikut adalah antara sorotan dan momen-momen menarik sepanjang konsert berlangsung;
Pentas Dibuka Tepat Jam 9 Malam
Axiata Arena bergema dengan sorakan penonton saat M Nasir muncul di platform pentas dan membuka panggung menerusi lagu Raikan Cinta.
Pemilik nama Mohammad Nasir Mohamed kemudian itu meneruskan pembukaan persembahan dengan lagu Bikin Filem, Tujuh Nafas Lagi, Senandung Semalam, Medley Dah Lagu Tu dan Oh Anak serta Hati Emas.
Madley Lagu-Lagu Ciptaan M Nasir
Perjalanan seni hampir empat dekad komposer versatil itu menyaksikan sentuhan magisnya sentiasa malar segar menerusi lagu-lagu pelbagai genre yang pernah dihasilkan buat penyanyi lain.
Suasana di dewan seakan bertukar menjadi ruang karaoke apabila M Nasir membawakan lagu-lagu hits ciptaannya seperti Cinta Kristal (Rahim Maarof), Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR), Senja Nan Merah (Ziana Zain & Datuk Awie), Senandung Semalam (Alleycats) dan Seragam Hitam (Kristal).
Secara tidak langsung, M Nasir membuktikan dirinya selaku seorang mahaguru muzik luar biasa yang mampu bertahan sehingga hari ini.
Ulang Tahun Kelahiran PMX
Pada konsert ini juga, M Nasir membuat kejutan istimewa dengan menyanyikan Allah Selamatkan Kamu bersempena ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-77.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur dan M.Nasir konsert turut menghadiahkan pulut kuning khas buat Perdana Menteri ke-10 itu.
Hadir bersama Perdana Menteri adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan ,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah.
Solidariti Buat Saudara Islam
Persembahan kemudian diteruskan lagi dengan persembahan khas menerusi lagu Balada Seorang Teman yang didedikasikan khas sebagai tanda persahabatan diantara PMX dan Pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan Zionis di kediamannya, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 67 tahun itu juga mendedikasikan lagu Phoenix Bangkit buat seluruh rakyat Palestin yang diuji dengan peperangan.
Dalam masa yang sama, layar besar di pentas turut terpampang bendera Palestin sebagai tanda solidariti.
Persembahan Daripada Pemuzik Percussion
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Datin Marlia Musa ini juga memberikan peluang buat para pemuziknya untuk menunjukkan skill mereka sendiri pada malam tersebut
Paling mencuri tumpuan sudah semestinya ketika persembahan solo daripada pemain marakas.
Seramai 25 para pemuzik dan penyanyi latar mengiringi persembahan antaranya Aznan Alias (pengarah muzik dan gitar), Firdaus Mahmud dan Eddie Slam (keyboard), Rafi Mohd (gitar), Norman Abdullah (bass) dan Ujang Exists (drum).
Penampilan Khas Datuk Ramli MS
Pemuzik terkenal Datuk Ramli MS turut hadir sebagai penampilan khas di konsert tersebut dengan bermain alat muzik akordion mengiringi persembahan bergenre tradisional menerusi lagu yang berjudul Hijab Kekasih.
M Nasir menyifatkan Ramli MS sebagai seorang sahabat baik yang sentiasa ada disepanjang perjalanan seninya.
Busana Pendekar Hiasi Axiata Arena
Rata-rata penonton yang hadir pada malam tersebut dilihat sangat sporting apabila mengenakan sepersalinan busana tradisional Melayu dengan mengikut tema iaitu Pahlawan.
Yang lelaki dilihat segak mengenakan Baju Melayu lengkap bertengkolok mana para wanita pula ayu dengan tema baju kurung, kebaya dan songket.
Konsert yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, Misha Omar dan Melly Goeslow.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Azil Sudah Dewasa, Dose Ubatnya Perlu Ditambah Dan…,”- Zarina Bawa Anak Istimewanya Bertemu Doktor Pakar

Pelakon dan ushawan, Zarina Zainuddin menerusi Instagram ada mendedahkan, dia membawa salah seorang anaknya yang menghidap autisme, Azil ke hospital bagi bertemu pakar.
Menerusi status yang dipetik, bintang tersebut membawa anaknya ke sesi temujanji bersama doktor pakar Psychiatries UUM di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.
“Hari ini saya bawak azil untuk jumpa doktor pakar Psychiatries di UUM. Berbual dengan doktor pakar tentang azil dan kejadian baru2 ini. Doktor cakap azil sudah dewasa dose ubatnya perlu ditambah dan diberi sejenih lagi ubat penenang.
“Azil kalau sedang marah takda siapa yang boleh meredakan keadaan ..kecuali azal tapi azal pulak tak boleh tengok azil dalam keadaan begitu dia akan ikut tantrum sekali sebab azal dan azil kembar satu uri jadi pagi pagi azal dah keluar dia kata saya pegi gym ibu ..yea baiklah jalan elok2 apa2 call ibu share location bila dah sampai,” kongsinya.
Meski sedih dengan apa yang berlaku, namin Zarina mengakui dia tidak boleh patah semangat kerana mereka memerlukan kedia orang tua di sisi.
“Saya sedih keadaan ini tapi saya tak boleh patah semangat anak2 saya perlukan ibu dan abahnya ..telan saja apa yang berlaku saya sibukkan diri dengan perniagaan pulut.
“Rindu laa nak shooting azal cakap ibu sudah tak laku lagi berlakun ..hihi..takpe azal rezeki Allah bagi … InsyaAllah ada la nanti.
“Allhamdulillah tadi dah sign satu slot episod
Dan ada lagi telemovie ..sikit2 jadilah. Azil ni bila saya takde dia lagi pandai bawak diri dia tahu mak dia takde.
“Bila saya ada dia paling manja dan akan mengamuk bila tak penuhi permintaannya beli surat khabar sekarang dah 8 surat khabar dia ambik satu tajuk dua naskah balik rumah dia belek2 dulublepas tu dia bahagikan dan masuk dlm plastik buang dlm tong sampah tengahari ngamok lagi..petang ..nak lagi.
“Adam marah ibu manjakan sangat azil..
Biarlah dia takde gsmes atau handphone macam yg lain anggap itu mainan dia,” kongsi Zarina panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Foto: Instagram Zarina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selepas 5 Tahun Tak Berlakon, Rasa Dihargai,” – Sabda Kekasih Trending, Wawa Zainal Terharu Terima Maklum Balas Baik

Pelakon Wawa Zainal bersyukur dan terharu selepas penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas lima tahun menerusi filem Sabda Kekasih menjadi trending di laman Twitter.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, dia turut menghargai sokongan serta maklum balas positif yang diterima peminat menerusi naskhah filem pertama di bawah produksi penerbitannya, Respected Citizen Production Sdn Bhd itu.
“Alhamdulillah hari pertama tayangan Sabda Kekasih, hari ini riuh kat Twitter dan Instagram. Terima kasih korang. Selepas lima tahun tak berlakon, rasa sangat dihargai dengan komen dan maklum balas semua.
“Korang menangis tengok Sabda Kekasih ni, i nangis tengok semua maklum balas . Ya Allah terima kasih pada pengarah dan semua yang terlibat.
“Tak sia-sia kita shooting sampai pukul 6 pagi,” tulis Wawa di Instagram pada Khamis.
Sementara itu di dalam hantaran berasingan, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut gembira apabila filem tersebut turut menduduki carta pertama di saluran Astro First.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, filem pertama kami cipta rekod. Top 1 di carta Astro First hari ini. Terima kasih korang. Saya sangat menghargainya,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton berpuas hati terhadap nakshah tersebut selain ada yang mengakui jalan ceritanya yang menyentuh perasaan.
Filem Sabda Kekasih arahan Zacc Azhari Zain mengetengahkan kisah romantik tragedi yang bermula apabila seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari Muslim lakonan Aeril Zafrel yang mengubah kejahilan dirinya hanya kerana cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).
Selain Wawa dan Aeril, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.
Sabda Kekasih sudah boleh dilanggan bermula 24 Jun 2021 lalu di Saluran Astro First 480.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI