Meluangkan masa bersama anak-anak di rumah, pelakon Ozlynn mendidik anak-anak dengan membaca ayat suci Al-Quran menerusi ‘PC gaming’.
Kongsinya, aktiviti tersebut dilakukan bagi mengelakkan anak-anaknya lalai dalam melakukan aktiviti kurang berfaedah.
“Game atau aktiviti hari ke 5 .. surah al mulk.. siapa yg hafal ada hadiah.. simpanan wang tunai ke dalam acc bank.. x byk mana.. cukup sekadar buat anak tersenyum..
“Sekurangnya kebaikan yg dia buat kita balas dgn kemanisan.. tv game yg melalaikan juga bisa digantikan dgn seribu kebaikan jika pandai manfaatkan kegunaannya..
Ads
“Sebab ramai DM tanya mcm mane nak bahagikan masa dan nak bg anak2 aktiviti.. so ni salah satunya.. satgi kita bg upah kopok lekor goreng yg di goreng oleh dorthy.. semoga dpt dimanfaatkan ye sahabat..
“Chantiq juga sedang berusaha keras tu hehehe.. lagu elsa ko boleh hafallll kan.. yg ni ko x hapal siap aku keje kan🤣🤣🤣 doakan anak2 aku berjaya ye.. pada kalian yg anak2 dh hebat tahniah.. moga kebaikan kalian di BALAS KELAK,” tulisnya.
Rentetan daripada perkongsian doktor viral, Dr Say Shazril yang memuat naik keadaan anaknya kini yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, netizen mempersoalkan tindakannya itu.
Malah ada yang turut menyarankan agar dia dan isteri membawa anak kecil mereka mendapatkan rawatan di ke hospital swasta sahaja.
Menyifatkan tindakan netizen sebagai tidak adil dan sering memandang rendah perkhidmatan hospital kerajaan, doktor sasa ini menegaskan bahawa hospital awam juga terbaik daripada segi rawatannya.
“Topik : Apa Salah Hospital Kerajaan?
“Baby sy masuk wad sejak Selasa for acute bronchiolitis (jangkitan virus di paru2). Rmi yg dm sy bertanye “Knape gi hosp kerajaan, nape xgi private?”. Sy tny balik “Ape salahnye hospital kerajaan, teruk sgt ke?”. Xdinafikan baby sy masuk wad stlh 18jam menunggu di kecemasan tp adakah semata2 sb long waiting time ni menyebabkan hosp kerajaan mendpt reputasi sebegini? Cukup tidak adil,” tulisnya.
Malah dia menyatakan segala pertanyaan daripda doktor muda dan ketegasan misi adalah untuk kebaikan dan penambahbaikan untuk perkhidmatan.
“Nak kate “xsuke doktor latihan (houseman) dtg tny soalan bnyk2 & cucuk anak bnyk2 kali”, well semua pakar kt luar sana was once a doktor latihan & kalau kite xbg mrk peluang tuk tny soalan bnyk2, tuk cucuk anak kite, mase dpan nnt xkn ade pakar2.
“Nak kate “misi2 hosp kerajaan kasar & garang2” well mesti ade sebab misi jadi gtu & sebabnye sila amik cermin tengok diri sendiri cz manusia ni simple, kita xkn kasar & garang2 kecuali kite berurusan dgn org yg bebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yg akan anda terima tp jika anda baik nescaya manis semua misi2 ni,” tegasnya lagi.
Tidak menafikan hospital swasta, namun bapa kepada seorang anak ini bersyukur dengan pilihannya kerana hospital kerajaan lengkap dengan segala peralatan.
“Baby sy pd awalnya diletakkan di wad biasa & tiba2 satu hari kesihatan dia merudum yg mana dia memerlukan oxygen yg kuat & nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kritikal.
“Sekirany sy masuk hosp swasta kemungkinan besar mrk akan transfer baby sy ke hospital lain & pertukaran memakan masa + melambatkan rawatan. Atas sb ni sy teramat bersyukur sy pilih hosp kerajaan krn slaluny kemudahan hosp kerajaan lengkap.
“Sy xckp yg hosp swasta xbaguih tp apa yg sy cuba sampaikan hosp kerajaan sama ja kebagusannya maka jgn pndng remeh hosp kerajaan k peeps? Baby sy pun naik berkerut dah tiru daddy dia heheh,” ulasnya lagi.
Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini (RR) ada memberikan dedikasi terhadap pelanggan serta rakan selebriti yang kekal setia bekerjasama dengan mereka sejak bertahun lalu.
Bersempena sambutan Syawal tahun ini, akaun Instagram berkenaan ada memuat naik persalinan indah busana raya rekaan mereka yang digayakan beberapa bintang terpilih.
Malah, ada di antara mereka yang cukup sinonim dengan dengan jenama berkenaan dan turut menempah persalinan baju raya dalam kuantiti yang banyak.
RR mengakui Rozita Che Wan misalnya menjadi antara selebriti terawal yang mengenakan rekaan mereka.
Pelakon Eyka Farhana mengesahkan dia bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila akan melangsungkan pernikahan bersama pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar...