Pengarah Tunku Mona Riza kini mengarahkan filem kedua, Rain Town dengan menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.
Berani menyahut cabaran untuk mengarahkan naskhah berbahasa Kantonis, Mona optimis mahu memberikan yang terbaik terhadap filem yang menjalani penggambaran di Taiping, Perak, itu.
“Taiping mendapat nama jolokan Rain Town kerana ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia.
“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).
“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).
Ads
“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.
“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka.
“Saya ingin menerapkan mesej ibu bapa juga harus mengambil tahu apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka dan tidak terlalu berkeras menentukan pilihan sendiri dan tidak mengendahkan permintaan anak,” katanya.
Mona turut menjelaskan, Rain Town ialah filem kedua yang diarahkan selepas lebih enam tahun.
Ads
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran filem adalah pada tahun 2015 menerusi Redha. Redha menjengah pawagam pada 2016 dan akhirnya tahun ini saya kembali ke set dengan filem Rain Town.
“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.
Ads
“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya.
“Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang terbaik dan mahu memberikan sepenuh fokus menyiapkan karya ini. Segalanya saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.
Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017.
Redha yang menceritakan mengenai pengalaman pasangan suami isteri dalam membesarkan anak yang menghidap autism dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lewat malam tadi, pelakon dan penyanyi, Diana Danielle ada memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengirimkan teks yang berunsur ‘mengundang’ buatnya, menerusi Instagram.
Kongsi pelakon Kami Histeria itu lagi, dia mengakui cukup pantang dengan golongan lelaki yang ‘sangap’.
“Pantang sangat lelaki sangap mcm ni!
2 hari lepas ramadhan terus lupa ke agama kau?
“Siapa saja yg hantar msg mcm ni aku letakkan je bagi anak bini tgk skali,” tulis Diana lengkap dengan memuat naik beberapa siri foto akaun yang dimaksudkan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat meminta isteri kepada aktor Farid Kamil itu supaya bersabar.
Malah, ada beberapa komen yang turut dibalas bintang yang mesra disapa Dee itu.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Bad, 46, meminta doa ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah berkongsi harapannya itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam bentuk video di Instagram, pada Rabu.
“Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera.
Minta doa ya, terima kasih semua,” katanya yang juga ahli kumpulan Indigo ini.
Menerusi kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza 7 ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, termasuk ahli keluarga.
“Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” tulisnya.
Sementara itu dalam ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.
Malah, isterinya yang juga penyanyi, Ashira turut mendoakan kesejahteraan suami selain berkongsi keratan doa di Insta Story.
Difahamkan, penyanyi ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.
Foto: Instagram Bad, Ashira Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berikutan ada beberapa pihak yang bertanya mengenai konsep penjurian pada malam semi final minggu lalu hingga menyaksikan Zamani berjaya mara ke peringkat akhir meski persembahan pertamanya tidak meyakinkan, Ketua juri Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS mendedahkan mengenai stail penjurian pada malam berkenaan.
Katanya persembahan pada malam berkenaan adalah berasaskan kepada dua persembahan setiap peserta.
“Malam tu based on two song. Memang dia (Zamani) hilang 65 peratus. Ia diadili dengan adil. Dia lost tapi dia mulai pick up. Saya bagi dalam 30 ke 35 peratus macam tu. Itu paling rendah.
“Namun bila ia dicampur dengan persembahan kedua, yang mana saya bagi sangat tinggi dan kebanyakan juri pun bagi tinggi. Bila ia dicampur, dia berada diposisi kelima.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Jadi itulah jawapan berkenaan dengan point yang dia dapat,” jawab Ramli kepada MH.
Menyampaikan lagu nyanyian asal Yusry KRU berjudul Dekat Padamu menerusi persembahan pertama, Zamani memberitahu dia bukan lupa lirik, sebaliknya tidak mendengar dengan jelas muzik.
Bagaimanapun Zamani turut mengakui kelemahannya lalu cuba memberi persembahan terbaik di segmen kedua untuk lagu Sufian Suhaimi, Di Matamu hingga melayakkan bintang berada di ranking kelima dengan 64.4 peratus.
Konsert akhir GV5 bakal bersiaran pada 18 November depan dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.