Kontroversi yang melanda tidak akan reda jika semua pihak cuba menegakkan kebenaran.

Mengadu dan kembali kepada Sang Pencipta, Heliza Helmi juga ada menitipkan doa buat Bella Astillah dalam menghadapi dugaan yang maha berat dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut ditinggalkan Heliza menerusi ruangan komen di posting terkini Bella di Instagram.

HasbunaAllah Wa Ni’mal Wakeel. Cukuplah Allah bagi kami. Banyakkan baca doa : Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun, Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli khairan minha.

“Ya Allah berikanllah aku pahala di atas musibah ini datang gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik. Aamiin. NI DOA UMMU SALAMAH. Very Powerful DOA. In sha Allah,” tulis Heliza.

Ads

“Gantikanlah Aku Sesuatu Yang Lebih Baik,” – Heliza Helmi Kongsi Doa Buat Bella, Sufian Suhaimi Dikata Cuba Masuk ‘Line’ Pula!

Pada masa sama, ramai juga rakan selebriti memberi komen di entri berkenaan.

Bagaimanapun, komen yang diberikan penyanyi Sufian Suhaimi yang turut memberi sokongan moral menjadi lain apabila ada nerizen membayangkan seolah-olah penyanyi itu cuba untuk masuk ‘line’.

Ads

Meninggalkan komen “hang in there. We all love you”, netizen mula membuat spekulasi.

“Gantikanlah Aku Sesuatu Yang Lebih Baik,” – Heliza Helmi Kongsi Doa Buat Bella, Sufian Suhaimi Dikata Cuba Masuk ‘Line’ Pula! “Gantikanlah Aku Sesuatu Yang Lebih Baik,” – Heliza Helmi Kongsi Doa Buat Bella, Sufian Suhaimi Dikata Cuba Masuk ‘Line’ Pula!

Ads

Apapun, buat Bella, Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuan.

Ujian adalah hadiah daripadaNya kepada hamba terpilih, dalam ujian, Allah sertakan pertolongan seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah: 214.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Foto : Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI