Gara-Gara Bersedekah 50 Sen Kepada Penjual Nasi Lemak, Ini Yang Berlaku Pada Idzham Ismail

Share

Pelakon, Idzham Ismail, ada berkongsi kisah mengenai hikmah bersedekah yang berlaku terhadap dirinya sendiri.

Menurut Idzham, hanya kerana bersedekah sebanyak 50 sen kepada penjual nasi lemak, tanpa diduga dia telah menerima tawaran untuk berlakon.

“Bulan lepas, pagi macam biasa aku pergi beli kuih dan nasi lemak di gerai tepi jalan. Hari tu tergerak aku malas nak tunggu balance 50 sen dari akak tu jadi aku cakap, ‘takpelah kak , takyah balance’.

“Aku dengar dia ucap “alhamdulillah” . Esoknya aku dapat tawaran job baru .

“Aku nak sampaikan, kalau kita tak tahu nak bersedekah dekat mana, itu antara jalan kita nak bersedekah.

“Baki 30 sen ke 80 sen ke, halalkan je . Everyday berapa dah kita bersedekah . Inshaallah kita akan dapat doa dari mereka yang menerima,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Juvana itu di akaun Twitter miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut sama berkongsi kisah bersedekah mereka.

Terdahulu, Idzham difahamkan bakal tampil dengan drama terbaru berjudul Hatimu Sedingin Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3.

Selin Idzham, antara pelakon lain yang turut sama membintangi drama tersebut adalah Hisyam Hamid, Aprena Menrose dan ramai lagi.

Sumber: Twitter Idzham Ismail

Published by
Aizam Manaf