Berita tentang Justin Timberlake menjadi tumpuan apabila dia ditahan dua hari lalu oleh pihak polis di kawsan penempatan elit Hamptons akibat memandu di bawah pengaruh alkohol.
Telah pun dilepaskan dari tahanan polis, penyanyi berusia 43 tahun yang terkenal dengan lagu Sexy Back dan Cry Me a River itu bakal dihadapkan ke mahkamah pada 26 Julai akan datang.
Penangan penahanannya, Justin yang merupakan bekas kekasih Britney Spears dilihat memberi impak kepada lagu yang pernah didendang Britney bertajuk Criminal.
Lagu yang diterbitkan pada tahun 2011 itu melonjak ke tangga pertama dalam carta iTunes di Mexico, top 10 di carta iTunes Brazil dan berada di kedudukan ke-68 dalam carta iTunes secara keseluruhan.
Ads
Peningkatan kedudukan lagu berusia 13 tahun itu di dalam carta berlaku hanya beberapa jam selepas berita penahanan Justin.
Semuanya merupakan hasil peminat tegar Britney melakukan sebaran tular di media sosial untuk menggalakkan semua peminat mendengar kembali lagu tersebut dan membelinya di iTunes.
Ads
Criminal merupakan salah satu lagu yang disertakan dalam album Femme Fatal yang merupakan album ketujuh Britney Spears.
Ads
Saat lagu tersebut dilancarkan, ia menerima sambutan baik dan berada di kedudukan ke-55 dalam carta Billboard Hot 100, ke -19 dalam carta Pop US dan berada di kedudukan top10 di negara seperti Brazil dan Korea Selatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersikap keterlaluan melemparkan fitnah, pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Sarah memuat naik notis tuntutan saman terhadap individu tersebut serta komen-komen fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh.
“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.
“If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling anda sahaja, thanks,” tulis Sarah.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut berkongsikan komen-komen daripada individu tersebut yang dipercayai sebagai komen balas di atas kenyataan yang pernah dikeluarkan Sarah mengenai kemelut rumah tangganya sebelum ini.
“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.
“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provok satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.
Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan saman terhadap individu ketiga iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Kes tersebut akan disebut semula pada 23 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shima Anuar reda dengan ujian yang menimpa apabila memaklumkan kandungannya terpaksa dikeluarkan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar menerusi di Instagram.
Menurut Shima, sewaktu operasi pembedahan sedang berjalan, dia telah kehilangan banyak darah dan prosedur tersebut juga dikatakan amat menyakitkan.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada dia orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih terlalu ramai yg mendoakan saya. I’ll be fine Inshaallah. I’m a tough cookie remember?,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shima.
“Salam takziah. Semoga cepat sembuh babe.
“Sending you love and prayers. Semoga cepat sembuh love.
“You’re a strong mommy. Get well soon love.
“Sabar, rezeki Allah luas. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan you.
“Shima kuat. Allah sayang you. Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Shima baru sahaja mengumumkan mengengai kehamilan ketiganya ini pada bulan lalu.
Sekadar informasi, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.
Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.
Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.
“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.
“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.
“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya.
Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakanmuzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran.
“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.
“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.
“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.
“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.
Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram.
“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.
“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam… hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat.
“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita.
“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!