Pelakon Nina Iskandar kini sedang hamil anak sulung hasil perkawinan dengan Azlan Adznan.
Difahamkan, usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan.
Terbaru, pemilik nama penuh Nur Akmalina Iskandar ini ada memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia menggayakan OOTD bersama pakaian mengandungnya.
Tidak tahan dengan kecaman netizen yang memberikan komen negatif, Nina membuat keputusan untuk menutup ruangan komen.
Lantas, dia telah menyuarakan pendapat sendiri berkenaan cara pemakaiannya.
“I am not obliged to dress how u want me to dress.I don’t dress to pleaseother people.
Ads
“So dont tell me how to dress up,howto live my life, saya ada hak untuk menikmati setiap detik kehamilan saya,sama ada u guys suka atau tidak!,” tulisnya.
Malah,Nina menegaskan bahawa pemakaian ibu mengandung memang sebegitu.
“Ingat gila ke apa nak pakai tak selesa utk baby? Nothing fits me anymore. So dah tentu2 my clothes are ALL MANTERNITY wear!
“Fikir dulu sebelum tegur,jgn main bantai je kat comment. Guna otak bahasa beradab sikit,” jelasnya.
Ads
Bagaimanapun,Nina tetap reda dengan kecaman tersebut.
“Oh! Saya lupa nak berterima kasih kpd NETIZEN. Dlm pada korg yang busuk hati ckp mcm2 kat I, tahu kecam je,rezeki I melimpah ruah.
“Not forgetting the FREE PAHALA too and ingat korg kecam ibu mengandung sekarang.
Ads
“Esok lusa akan terkena pada korang juga. Mybe yourself,mybe your wife, mybe your daughter.
“You think everyhting di dunia ini come for free? Cukup I jaga hidup I,U jaga hidup U,” tulisnya.
Untuk rekod, Nina melangsungkan sebuah majlis resepsi di Forest Valley Hall, Cheras, 4 Ogos lalu.
Terdahulu, Nina dan suami bernikah pada April lalu.
Foto : Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi perkhabaran duka, Datuk AC Mizal memaklumkan bekas anggota 4U2C, Nirwan Irwan atau lebih dikenali sebagai One II baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Pengacara popular ini turut berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkan One II atau nama sebenarnya, Nirwan Irwan terlantar di hospital dan mengimbau kembali foto album Kembalilah Fiona.
“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya, ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro, dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C.
"Allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah, tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN).. love u buddiessإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.
“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..
“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya.
Aktivis kemanusiaan dan penulis Amerika Syarikat, Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan.
Shaun yang sehingga kini sangat lantang berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melakukan sesi melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisahnya memeluk Islam tersebar luas apabila, Professor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz syahadah berlangsung.
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai King berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk mememeluk agama suci Allah ini bersama suaminya.
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri, tiang iman dan kepercayaan agama Islam mengejutkan saya dan saya menemui bahawa semua manusia yang memiliki kepercayaan memiliki persamaan antara satu sama lain berbanding perbezaan,” kongsinya.
Pasangan ini telah berkahwin sejak 2001 dan memiliki lima orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!