Susulan kejadian seorang pelawak ditahan polis kerana disyaki bertindak kasar terhadap seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun, Instagram Lan Pet Pet pula yang dihujani komen netizen.
Meski tiada posting terkini dan yang terakhir adalah bertarikh 5 Mac, namun ruangan komen bintang yang pernah sinonim bersama kumpulan Senario itu terus dibanjiri netizen.
Rata-ratanya memberi reaksi pelbagai terhadapnya walaupun belum disahkan pelawak yang terlibat oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.00 malam itu baru-baru ini, seorang lelaki yang didakwa seorang pelawak dikenali dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.
Ads
Difahamkan, individu tersebut telah ditegur kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki sebuah kawasan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Foto – Instagram Lan Pet Pet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, netizen mulai membuat spekulasi bahawa pengacara dan model, Nabil Mahir dikatakan tiada lagi hubugan cinta bersama kekasihnya, Sarah Hilderbrand.
Khabarnya, cinta yang disemai sejak sekian lama tidak lagi mekar seperti dahulu.
Lebih menguatkan spekulasi, Nabil juga sudah memadam foto dan video pelakon wanita berkenaan di Instagram dan turut menulis kapsyen yang seakan ingatan dan pesanan.
Malah, kedua-duanya juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
“People strive to change for the better.
But when you change because of money and fame, that’s just sad,” tulisnya sambil netizen turut meninggalkan komen pelbagai.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kepada siapa kapsyen berkenaan ditujukan.
Sementara menjengah di Instagram Sarah, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak pula memadam foto Nabil, sebagaimana yang dilakukan pihak sebelah sana.
Sama ada spekulasi ini betul atau sebaliknya, lebih baik andai mereka dapat memberikan penjelasan buat peminat, bagi menjelaskan apa situasi sebenarnya berlaku.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini dikatakan mula bercinta sejak lima tahun lalu.
Foto: Instagram Sarah Hilderbrand, Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menjadi isu hangat mengenai jam tangan yang dipakai pelakon Ruhainies yang dianggarkan bernilai lebih RM17,000 seperti hangat diperkatakan pengguna laman sosial, bintang berkenaan mengakui ia merupakan jam tangan lama yang sudah sering dipakainya.
Cuma entah mengapa, jam pemberian kekasih itu menjadi bualan sejak akhir-akhir ini.
Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, jam itu adalah hadiah daripada kekasihnya, Mr E bersempena hari jadinya tahun lalu.
“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan.
“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.
“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja,” terang Ruhaninies.
Pada masa sama, pelakon drama Jejak Karmila turut berkongsi khabar gembira apabila kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan itu pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.
Ia sebagai simbolik kepada cinta yang terjalin di antara mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.
“Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, saya nak dahulukan kakak, Risteena. InsyaAllah, majlis perkahwinannya berlangsung November ini.
“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila.
“Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” akhirinya.
Penyanyi, Lah Ahmad mengumumkan bahawa dirinya tidak terlibat dengan projek reunion bersama bekas kumpulan lamanya Voice of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Lah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Keep calm and carry on please. Thank you,” tulisnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kau Tercipta itu tidak pula berkongsi sebab dan alasan mengapa dirinya tiada di dalam projek berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain turut menitipkan ucapan semoga karier solo Lah akan terus sukses.
Semalam, V.E telah pun mengumumkan barisan lengkap anggota kumpulan yang akan beraksi untuk projek Bring Back VE terdiri daripada Dami Mikhail, Zaf Nazaruddin, Icha Khalil, Shah Azmir, Luq Hakim.
Sementara itu, tempat Lah pula telah pun digantikan dengan seorang lagi penyanyi, Adeep Nahar.