“Gara-Gara Masyarakat Holiday Saya Terbantut,” – Datuk Aliff Syukri Kesal Masih Ada Yang Tak Puas Hati, Gara-Gara…

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri semalam memuat naik stu foto ‘screenshot’ individu yang mempertahankannya bila ramai yang mempersoalkan ketiadaan dua orang anak angkatnya, Qayyum dan Ameena di percutiannya bersama keluarga kali ini.

Malah individu yang mempertahankan Aliff juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap situasi yang berlaku ini.

“Kenapa la asal datuk post g bercuti org dok tanya Yom dgn Meena,korg ni jenis bebal ke cmne? Puas dah diorg bgtahu status ank angkat xbole bwk kelua negara. Parport pun tak boleh buat.

“JKM tak approve lagi dorag boleh bawak pergi keluarg negara yang korang dok risau siapa jaga dorang kenapa? Datuk ramai P.A, bodyguard, bibik, CCTV bersepah dalam rumah dia.

“Zaman sekragg tak yah on laptop pun dah boleh tgk pakai handphone. Tak kan lah semua benda nak cerita. Kalau Datuk cakap siapa jaga orang berdua, nyawa mereka dalam bahaya ah. Please lah jangan jadi makcik bawang sangat,” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Aliff di ruangan kapsyen meluahkan percutiannya terbantut gara-gara isu ini.

“Gara2 masyarkat holiday sy dan family terus terbantut.. kami bukan malaikat..komplain byk sgt kalau korang menghulur rm10 sebulan ada baik gak.

“Knp jaga anak angkat ni dugaan byk sgt? Satu2 masalah,” katanya.

Sebelum ini kecoh apabila salah seorang anaknya, Qayyum dikatakan didera pengasuh namun Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Pada MH, kita tak kan boleh menutup mulut orang, oleh itu, banyakkan bersabar, mungkin satu hari nanti orang akan nampak kebenarannya.

Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri

Published by
Khaleeda Rashikin