Adaptasi filem A Business Proposal versi Indonesia telah pun ditayang bermula 6 Februari 2025 yang lalu. Namun filem tersebut sepi di pawagam apabila hanya 6,900 orang sahaja yang menonton pada hari pertama tayangan.

Kini memasuki seminggu filem tersebut ditayangkan, banyak pawagam sudah mengurangkan waktu tayangan dan sekaligus memberikan impak negatiif terhadap filem yang diadaptasi daripada drama popular Korea itu.

Salah satu faktor yang dianggap mempengaruhi bilangan penonton yang rendah ialah gerakan di media sosial untuk memboikot filem itu akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon utama filem tersebut, Abidzar Al-Ghifari.

Dalam satu sesi temuramah, pelakon berusia 24 tahun itu berkata, “Saya pernah menonton episod satu, tetapi memutuskan untuk berhenti kerana akhirnya, ini adalah watak yang saya cipta sendiri bersama pengarah.

“Saya juga tidak mahu dijadikan salinan tepat. Kami masing-masing ada watak sendiri dan ini juga adaptasi.”

Gara-Gara Mulut Celupar Pelakon Utama, Filem Tak Laku Di Pawagam?

Ads

Menghangatkan lagi suasana, dalam satu sesi lain pula, Abidzar seolah-olah memperlekehkan gesaan boikot dan komen negatif daripada peminat tegar naskah tersebut.

“Saya tidak ingat apa-apa, kenapa saya perlu ingat, mereka tidak akan dijemput ke tayangan perdana pula,” ujarnya menjawab soalan wartawan seperti dipetik portal detik SulSel.

Ekoran itu, pelakon yang memiliki lebih 2.8 juta pengikut di Instagram itu membuat permohonan maaf terbuka kepada peminat karya asal filem tersebut atas keterlajuran kata.

“Saya memohon maaf kepada semua yang telah terluka dengan sikap, tindakan dan kata-kata saya yang salah.

Ads

“Terima kasih semua kerana memberi saya pengajaran yang sangat berharga. Ini adalah pengajaran besar buat saya dalam proses menjadi seorang yang matang dan bijak,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.

Sekadar info, filem A Business Proposal merupakan adaptasi daripada drama popular korea dengan tajuk yang sama yang dicipta berdasarkan siri webtoon.

Drama asal tersebut dilakonkan oleh Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong sebagai pelakon utama.  Manakala, versi Indonesia pula menampilkan Abidzar dan Ariel Tatum sebagai pelakon utama filem.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Ads

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI