Gara-Gara Mulut Makcik Bawang, DS Shahida Tutup IG Ameena. Tak Nak Mak Ayah Kandung Terasa Hati

Share

Tertekan akibat komen yang ditinggalkan di laman Instagram anak angkatnya, Ameena, bakal memberi kesan, Datin Seri Shahida mengambil keputusan menutup laman sosial anaknya itu.

Kongsinya, ia lebih baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham antara netizen.

Malah hidupnya lebih tenang tanpa perlu memikirkan netizen bertanya itu dan ini kerana semuanya telah diterangkan.

Ulas Shahida menerusi ruang kapsyen lagi, apa sahaja yang dikongsikan pasti ada yang tidak kena pada pandangan mata netizen dan seringkali berlaku pergaduhan, dan jalan terbaik adalah menutup punca masalah.

Banyak yg tanya mana ig Ameena…..utk pengetahuan semua saya dah tutup sebab byk sangat yg tukang jaga pakai mulut…itu x kena ini x kena……bergaduh sesama sendiri……dgn saya2 pun stress terjebak.

“Alhamdulillah sejak x ada ig tu hidup saya makin tenang….biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa……nanti gaduh2 komen itu x kena ini x kena ada yg makan hati bila baca komen…terutama parents kandung dia…. jgn lah tanya sy lagi pasal benda ni ya sebab saya pun dah terangkan.”

Malah, isteri kepada Aliff Syukri ini turut keliru apabila ada yang menuduh dia dan suami cuba mengambil kesempatan di atas populariti Ameena.

Ada pula yg cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti?? saya pun confius sekejap! jadi utk memastikan saya tak tumpang papulariti ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dgn aman damai dan bahgia,”

tulisnya luah rasa.

Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Keluarga ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Foto : Instagram Shahida

Published by
Noraini Abd Wahab