Sejak tahun lalu, Pamela Anderson yang kini berusia 57 tahun dilihat lebih selesa dengan penampilan tanpa solekan ke mana sahaja dia pergi.
Membuat kejutan kepada umum ketika menghadiri beberapa pertunjukan fesyen, ramai pihak memuji keberaniannya yang memberi mesej kepada wanita lain yang bersolek atau tidak bukanlah satu masalah.
Namun tingkahnya kini menjadi pertikaian apabila ada pihak yang menuduh dirinya hanya sekadar melakukan gimik sempena kolaborasinya bersama sebuah jenama penjagaan kulit wajah.
Tidak berdiam diri apabila dipersoal, pelakon dan model yang terkenal menerusi siri Baywatch ini memberi jawapan supaya niatnya selama ini tidak disalahertikan.
Menerusi satu temubual bersama majalah Allure, dia berkata, “Saya melakukan perkara itu untuk diri saya sendiri. Ia bukan untuk membuat kenyataan politik, saya hanya mahu wajah saya menyerlah apabila menggayakan busana-busana hebat ketika itu. Mengapa saya bermain permainan itu?”
Tidak menyangka penampilan tanpa solekan ketika menghadir pertunjukan fesyen Victoria Secret, Vivienne Westwood dan Isabel Marant menjadi perhatian ramai, niatnya hanya untuk tidak ‘bertanding’ dengan orang lain.
Ads
“Saya hanya fikir saya tidak bersaing dengan semua orang yang cantik ini,” jelasnya mengenai keputusannya.
Walaupun bekas gadis Playboy itu tidak menjangkakan sambutan yang hebat terhadap wajah polosnya, dia gembira ia menarik perhatian orang ramai.
Ads
“Saya suka penampilan saya menjadi bualan tapi itu bukanlah niat utama untuk befikir yang semua orang akan faham tentang perkara ini.
“Tetapi apabila saya perasan menyampaikan satu mesej, saya fikir perkara ini benar-benar hebat. Pasaran kecantikan dengan janji palsu dan harapan palsu. Menerima diri kita apa seadanya, rasanya perlu,” ujarnya lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Nabil ketika sesi sidang media drama, Bukan Cinta Sempurna yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Nabil, mereka dijangka menimang anak kedua pada hujung tahun ini.
“Pengumuman yang ingin dikongsikan adalah saya dan Ayda telah berkerjasama dan berpeluh-peluh mencuba untuk mendapat cahaya mata kedua.
“Usia kandungan kini sudah pun memasuki hampir lima bulan,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu video yang dimuat naik pengasas bagi jenama Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerusi platform TikTok menjadi sorotan warganet apabila dia tidak lokek mendedahkan harga ‘OOTD’ (outfit of the day) yang digayakan bagi menghadiri sebuah acara.
Tampil anggun mengenakan persalinan serba hitam, Haliza turut menulis madah kata penuh makna menerusi ruangan kapsyen.
“Kalau nak beli sesuatu tanpa tengok harga, anda harus boleh fokus pada kerja tanpa melihat jam,” tulisnya.
Meninjau video yang dikongsikan, Haliza berkongsi bahawa beg tangan yang dipakai pada malam itu berharga RM56,800, kasut RM4,950, tudung RM6,400 dan jam tangan pula RM80,000.
“Menghadiri majlis makan malam Almaas pakej haji yang berharga RM250,000. Saya pakai simple-simple je. Barulah seimbang dunia akhiratkan,” kongsinya sambil mendedahkan harga aksesori pelengkap gaya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan reaksi pelbagai terhadap hantaran berkenaan. Antaranya;
“Suka bila tengok orang kaya-kaya share harga barang tu berapa. Jadi kalau berkenan boleh simpan duit nak beli. Selain founder Bawal, Cik Epal suka share jugak. Love dedua.”
“Tunjuk receipt dengan price tag baru percaya…”
“Antara founder yang paling tinggi akhlaknya founder Mamadil dan Bonda Rozita. Setiap kata-kata depa dua ni banyak mengingatkan aku akan hari akhirat. Memang betul-betul salute depa dua ni. Apa pun bangga dengan Melayu yang kaya-raya.”
“Alhamdulilah rezeki puan, but money can’t buy class.”
“Aku nak beli Ferrero Rocher yang besar fikir 10 kali pun tak beli lagi. Apa pun alhamdulillah Datin, Allah bagi rezeki untuk Datin.”
“Ya Allah, humble sungguhlah. Tak pernah jumpa insan sezuhud ini. Allahuakbar.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 230,000 kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fadlan Hazim memohon semua pihak agar berpada-pada dalam menunjukkan perasaan benci kepada watak Nordin dalam drama terbaharu lakonannya iaitu Khilaf Yang Tertulis.
Menurut Fadlan, segala yang dipaparkan di dalam drama hanyalah lakonan semata-mata demi memenuhi tuntutan watak.
“Kepada yang benci Nordin/Jai, tolong belajar bezakan watak drama tv dengan saya yang realiti ya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan pelakon berusia 32 tahun itu menerusi sebuah hantran di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan sekiranya ada pihak yang bertindak keterlaluan.
“Ada yang dah melebih-lebih ni, saya ambil tindakan nanti
#khilafyangtertulis,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Khilaf Yang Tertulis merupakan sebuah drama arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Selain Fadlan, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Puteri Balqis, Ashraf Muslim dan Chacha Maembong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!