
Pelakon, Zarina Zainuddin mendedahkan dia ada menerima terguran dari suami susulan satu video yang dikongsi di Instagram.
Menurut Zarina, teguran tersebut berkaitan dengan rakaman video dia sedang bersenam sambil melompat bersama anak lelakinya, Azal.
“Assalamualaikum Selamat pagi Khamis. Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua. amin.
“Semalam saya dapat teguran dari suami tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal.
“Suami cakap kita hidup dalam masyarakat, semua nak kena jaga. Akaun IG saya dipantau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya.
“Mereka ada id IG saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus delete,” tulisnya.
Pelakon ini turut memaklumkan, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang prihatin.
“Saya hidup dikelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki, ramai betul bodyguard saya ni.
“Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua tq,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwa Diprovok & Dimaki, Lan Pet Pet Dedah Situasi – “Guna Telefon Bimbit Ketika Tunggang Motosikal Amat Bahaya.”

Pelawak, Lan Pet Pet tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung dakwaan dia telah memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, Lan memberi tahu, ketika dia sedang memandu di hadapan Kedutaan Rusia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dia ternampak penghantar makanan terbabit sedang menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di tengah-tengah jalan.
Bimbang perbuatan pemuda berkenaan bakal mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan memutuskan untuk menegur dan bersemuka dengan individu terbabit.
“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.
“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.
“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Video berdurasi 24 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu nyata menarik perhatian ramai pihak sehinggakan menjadi antara topik hangat dikalangan netizen.
Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu dilihat telah merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh beberapa orang awam.
Pada masa sama, Lan juga dikatakan telah melemparkan kata-kata amaran buat individu berkenaan.
Dalam pada itu, Lan turut memaklumkan dia juga telah pun membuat laporan polis terhadap individu yang telah merakam dan menyebarkan video tersebut.
“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.
“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.
“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.
Lan turut menambah, dia sebolehnya mahu isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik sebelum menjelangnya hari raya.
“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.
“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” akhirinya.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Lagu Ini, Saya Tak Rancang Apa Pun,” – Alyah Bersyukur Thank You Allah Menang, Menangis Terharu

“Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Itulah ayat yang gambarkan perasaan saya.”
Demikian kata penyanyi, Datin Alyah yang bersyukur selepas lagu Thank You Allah yang turut menampilkan Cat Farish dan PU Riz memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) malam tadi.
Alyah, 41, berkata, Thank You Allah pada awalnya dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada tahun 2019.
“Melodi pada bahagian chorus lagu tersebut saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena ‘kurung’ (perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19).
“Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, stress, kes bunuh diri dan sebagainya. Namun ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta.
“Pada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki dariNya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk… berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan.
“Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, alhamdulillah,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukannya yang bersaing dengan penyanyi nasyid sedia ada, isteri pemuzik Datuk Ramli Ms ini menyifatkan kemenangan sesuatu yang tak terjangka.
“Saya berbesar hati sebenarnya apabila berada di dalam kategori tersebut di samping rakan penyanyi lain yang sudah sedia dikenali menerusi genre nasyid.
“Bila diumumkan menang, saya tidak terfikir apa-apa pun. Memang tidak sangka, tiap lagu yang bertanding pun hebat belaka. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk semua pihak yang terlibat di sebalik lagu ini,” katanya.
Terdahulu, Alyah menerima trofi AIM pertamanya pada tahun 2014 di dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roslan Shah Perjelas Dakwaan Curi RM66,000, ‘Ujian Kejujuran’ Mangobossku – “Tak Pernah Ambil Hati Sebab Saya Kenal Hati Budi Dia.”

Isi Kandungan
TogglePengacara dan pelakon, Roslan Shah, menafikan dakwaan mencuri wang berjumlah RM66,000 (SGD20,000) milik pempengaruh serta usahawan terkenal Singapura, Mangobossku di sebuah karnival beli-belah, baru-baru ini.
Menurut Roslan, video yang tular di TikTok mengenai penemuan wang dalam begnya itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ‘ujian kejujuran’ yang dirancang oleh pempengaruh itu sendiri.
“Mangobossku memang selalu bergurau kasar, tapi saya tak pernah ambil hati sebab saya kenal hati budi dia.
“Selama lebih setahun perkenalan kami, dia memang orang yang baik. Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri.
“Selain Mangobossku, saya juga rapat dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka memberi kepercayaan penuh kepada saya termasuk pernah memberi kata laluan untuk masuk ke rumah yang dipenuhi barang berharga termasuk wang tunai.
“Mereka selalu bawa saya bercuti ke luar negara. Jadi untuk saya mencuri duit jualan mereka, memang tidak pernah terlintas. Saya ikhlas berkawan dan tidak mahu rosakkan persahabatan,” katanya kepada MH.
Dakwaan Tak Jejas Persahabatan
Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan turut mendedahkan, meski ramai yang cuba menjejaskan hubungan baiknya dengan Mangobossku, namun persahabatan mereka kekal utuh kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
“Banyak mata yang memandang dan mahu menjejaskan persahabatan kami. Sejak video ini tular, ramai yang menelefon Mangobossku bertanya mengenai hal itu.
“Namun dia percaya saya 100 peratus. Dia sahabat yang baik dan saya tidak tergamak melakukan sesuatu yang dia tak suka,” katanya lagi.
Sengaja Uji Kejujuran
Mengulas mengenai insiden tersebut, Mangobossku yang kini menjalankan perniagaan kunafa dan memiliki 13 gerai makanan di Singapura, mengakui wang SGD20,000 itu sengaja dimasukkan ke dalam beg Roslan sebagai satu ujian.
“Ketika Roslan pergi ke tandas, saya minta kakitangan masukkan duit tunai SGD20,000 ke dalam beg miliknya.
“Jadi ketika dia membuat siaran langsung di TikTok, saya pun jalankan kerja dan mencari duit yang hilang.
“Ini bukanlah betul-betul kami bergaduh sebab sepanjang mengenalinya dia tidak pernah tangan panjang. Kalau dia tiada duit sekalipun, dia akan cuba minta bantuan saya.
“Pernah saya tinggalkan duit ketika dia ada, satu sen pun tak hilang. Saya selalu saja bawa duit jualan ke rumah dan mengajaknya datang.
“Tapi tak pernah ada kehilangan wang atau dia ambil barang saya. Bagi saya dia seorang yang jujur,” katanya.
Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said, menambah walaupun video tersebut menerima pelbagai kecaman, namun dia lebih senang untuk tidak mengambil peduli.
“Walaupun orang kecam, saya hanya mampu cakap apa saja kandungan yang dimuat naik anda tengok boleh, tapi jangan percaya membuta tuli,” katanya.
Video Tular, Roslan Shah Menangis
Terdahulu, menerusi video berdurasi lebih dua minit itu pada awalnya menunjukkan Roslan menganggap situasi tersebut sebagai gurauan atau prank.
Namun, keadaan bertukar serius apabila wang SGD20,000 benar-benar dijumpai dalam begnya. Menafikan tuduhan tersebut, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya.
Video yang dikongsi oleh Mangobossku telah meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
Ada yang bersimpati dengan Roslan, namun tidak kurang juga yang berspekulasi bahawa beliau mungkin dianiaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI