Bagi mempromosikan lagu single terbaru Ariana Grande berjudul 7 rings, Ariana telah cacah tatu baru bagi perkataan 7 rings dalam bahasa jepun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu By My Side itu telah memuat naik gambar tatu tersebut di Instagram miliknya.
Lantas, peminat mendapati tatu tersebut membawa maksud salah iaitu ‘Japanese style BBQ grill’.
Setelah itu Ariana telah membuang gambar tersebut dari akaun Instagram miliknya.
Menurut sumber TMZ, Ariana telah cuba memperbaiki tatu tersebut dan rupanya masih salah kerana perkataan tatu tersebut bermakna ‘Japanese BBQ finger’ setelah ia dibaiki.
Jadinya, Ariana telah mendapat satu tawaran dari sebuah syarikat pembuangan tatu, Laser Away yang mahir dalam bidang pembuangan tatu.
Laser Away telah menawarkan rawatan pembuangan tatu yang mencecah lebih 1 Juta USD kepada Ariana dan sekaligus mahu menjadikan Ariana sebagai jurucakap untuk syarikat tersebut selama 1 tahun.
Sehingga kini, tiada lagi kepastian dan jawapan dari pihak Ariana Grande mengenai perkara ini.
Sumber: Twitter TMZ
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“No!! I Dont Colour My Hair, Zaman Ni ‘Colour-Colour’ Tak Ada Lagi,” – Faezah Elai
Pelakon, Faezah Elai mengimbau foto lamanya lebih 30 tahun lalu ketika dirinya masih kecil.
Kongsi pelakon berusia 37 tahun itu, ketika dirinya masih kanak-kanak lagi, dia sudah memiliki rambut berwarna perang semula jadi.
Bukan itu sahaja, bintang ini turut kelihatan sangat comel ketika di zaman kanak-kanaknya.
“Ni masa nk masuk 7 tahun around 1988/89 and i wonder who was my hair stylist masa ni. Klu jumpa balik, mmg kena saman!!
“No!! I dont colour my hair.. zaman ni colour2 tkdak lg aih.. mmg beranak mai rambut colour ni.. so jgn tanya dh.. sekian terima kasih,” tulisnya beri penjelasan.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Dalam pada itu, peminat turut memuji kecomelan wajah Faezah.
Untuk rekod, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai dilahirkan pada 16 Ogos 1982 di Gelugor, Pulau Pinang.
Foto: Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kamu Sangat Menyenangkan,”-Jep Sepahtu Gembira Isteri Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-35
Pelawak dan penyampai radio,Jep Sepahtu telah menitip ucapan buat isteri tercinta,Sari Yanti.
Malah, majlis ulang tahun kelahiran Sari turut diadakan di sebuah restoran di Subang Jaya siang tadi.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat kamu yang sgt menyenangkan ❤
“Moga sentiasa berada dibawah redup rahmatNya,” titipnya.
Lalu, posting tersebut mendapat respon Sari.
“Ya Allah,thank you for everything sayang I. Love you so much,” balasnya ringkas.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Terdahulu, Jep dan Sari Jep telah berkahwin pada Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Dariya Inara yang popular dengan nama jolokan ‘Anak Abah’.
Foto: Instagram Jep Sepahtu,Sari Yanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Berangkat Ke Mekah, Isteri PU Abu Beri Kata-Kata Semangat. “Berdamailah Dengan Dirimu, Allah Selalu Bersama.”
Isteri kepada penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa berkongsi kata-kata semangat menerusi Instagram.
Kongsinya, setiap perkara yang dilakukan perlu diiringi dengan niat, tawakal dan doa.
“Terkadang apa yang telah kita ikhitiar dan belum juga membuahkan hasil yg sesuai dengan keinginan, padahal doa telah dilangitkan tanpa lelah, usaha telah dilakukan dengan semaksima mungkin dan tanpa keluh kesah tetapi masih belum mampu membuka pintu-pintu langit.
“Jadi, bagaimanakah lagi? Marah pun sia-sia. Mengutuk keadaan pula tidak mampu merubah apa-apa. Menyerah apatah lagi, ia bukan lah satu solusi.
“Pilihan terbaik adalah tetap sama. Berusaha lagi. Berdoa lagi. Bersabar lagi. Sampai bila? Sampai Allah berkehendak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hana yang kini sedang hamil second trimester yakin bahawa setiap doa pasti didengari Allah;bezanya cepat atau lambat.
“Roda kehidupan ini akan terus berputar. Semua ada waktunya. Waktu yg Allah sudah tetapkan. Jika masih belum berhasil, bersabarlah.
“Dia tidak akan mengabaikan usaha dan doaamu. Yakinlah. Pada waktu yg telah ditetapkanNya.
“Semua tanya, gelisah dalam hati akan terjawab dan semua pinta yg kamu langitkan akan terijabah.
“Berdamailah dengan dirimu. Allah selalu bersama kamu,” akhirinya.
Abu dan Hana yang juga berstatus ibu tunggal, anak satu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hana kini sedang hamil second trimester.
Dalam perkembangan lain, Abu kini sedang menunaikan umrah bersama beberapa jemaah lain.
View this post on InstagramA post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on
Foto : Instagram Hana Azraa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI