Aktor kacak Bollywood, John Abraham mendedahkan bahawa dia dihadiahi sebuah motosikal berkuasa besar oleh Shah Rukh Khan tahun ini.

Pemberian tersebut ekoran dia tidak dapat ikut serta dalam satu parti bagi meraikan kejayaan filem Pathaan lakonannya bersama dengan Raja Bollywood itu.

Mendedahkan perkara ini dalam temubual bersama Johar Karan untuk satu rancangan bual bicara, John jelas terkejut serta terharu dengan tindakan Shah Rukh Khan itu.

“Filem terakhir saya sebelum ini Pathaan lakonan bersama Shah Rukh Khan. Saya masih ingat ketika itu ada parti diadakan untuk meraikan kejayaan filem itu.

“Shah Rukh Khan mengajak saya untuk turut serta, namun saya menjawab yang saya mahu berada di rumah dan tidur.

BACA JUGA: Empat Bintang Bollywood Yang Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Untuk Memiliki Cahaya Mata

“Dia bertanya lagi apa yang saya mahukan, dan saya berkata yang saya mahukan sebuah motosikal. Ternyata dia benar-benar menghadiahi saya apa yang dicakapkan,” ujarnya berkongsi cerita.

Filem Pathaan yang ditayangkan kepada umum pada 2023 merupakan salah sebuah filem paling berjaya dalam sejarah perfileman di India. Ketika ini filem tersebut berada di tangga ketujuh dalam kutipan terbanyak.

Imbas kembali, ini bukanlah kali pertama Shah Rukh Khan memberi hadiah mahal sebegitu. Sebelum ini pada 2013, dia turut memberi motosikal kepada pengarah filem Chennai Express atas kejayaan filem tersebut.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI