
Bintang remaja, As’ad Motawh menerusi entri terkini di Instagram ada berkongsi kapsyen yang menjadi perhatian peminat.
Kongsi penyanyi lagu Selamanya ini, dia ‘terlupa’ akan akaun Instagram gara-gara beri fokus lebih di platform TikTok.
“I’ve been on TikTok so much I forgot that I had Instagram,” tulisnya ringkas pada entri terkini selepas beberapa hari tidak dikemas kiniz
View this post on InstagramI’ve been on tiktok so much I forgot that i had Instagram 😂
A post shared by As’ad Motawh (@asad.motawh) on
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat meninggalkan respon pelbagai.
Malah ada di antara mereka yang akui ada mengikuti kedua-dua akaun milik penyanyi berkenaan.
Terdahulu, As’ad yang memiliki kira-kira 1.3juta pengikut di Instagram sebelum ini ada memberi bayangan dirinya mahu menjadi bintang TikTok sebagai antara azamnya tahun ini.
View this post on InstagramMom : As’ad what is your goal for 2020? Me : i wanna be a tiktok star
A post shared by As’ad Motawh (@asad.motawh) on
Foto: Instagram As’ad Motawh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puji Selebriti Guna Pengaruh Untuk Hal Baik, Ustaz Zakaria Awang Cetus Inisiatif Agih 10,000 Kit Pengurusan Jenazah Percuma

Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah juga tidak terkecuali menjalankan kempen amal pengagihan set kain kafan dan pengurusan jenazah atas paksi kebajikan.
Penaung pertubuhan berkenaan, Ustaz Zakaria Awang berkata kempen sumbangan set pengurusan jenazah termasuk kain kafan itu tercetus sebagai usaha amal kebajikan yang tidak pernah ada noktahnya.
“Kita mudahkan urusan atau ringankan beban orang, insya-Allah urusan sendiri juga akan dipermudah. Berbuat baik dan menambah pahala sendiri tiada garis penamatnya.
“Perkara yang dihadapi dan dilalui bagi setiap yang hidup kadangkala menjadi kesulitan tanpa diduga. Contohnya pihak masjid dan keluarga si mati.
“Jadi tercetuslah idea pihak kami dalam pengagihan set pengurusan jenazah ini. Malah saya memuji ada golongan artis dan ustaz selebriti yang menggunakan pengaruh mereka menjual set seumpama itu,” katanya.
Kempen ini sudah memasuki bulan ketiga dan sudah lebih 300 set kelengkapan berkenaan diagihkan kepada masjid yang memerlukan.
“Selepas tiga bulan kempen ini berlangsung, lebih 20 buah masjid sekitar Kajang dan di Pantai Timur sudah menerima agihan set kelengkapan pengurusan jenazah itu.
“Kebiasaannya, kita akan dapatkan semua senarai masjid termasuklah di Semenyih dan Negeri Sembilan. Malah kita juga berhubung dan merujuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid.
“Jika masjid berkenaan ada menguruskan jenazah dan perlukan set kelengkapan jenazah kita akan utamakan kepada masjid memerlukan,” katanya.
Tambah Ustaz, komunikasi antara masjid yang menerima agihan akan berterusan.
“Kebiasaannya masjid yang menerima sumbangan berkenaan akan memaklumkan sama ada ia sudah diguna pakai.
“Malah, jika menerima panggilan dari mana-mana masjid memerlukan, pihak kami akan aturkan agihan sumbangan dengan menghantar wakil untuk sesi pengagihan tersebut
“Bahkan di sebelah Pantai Timur, kami turut mempunyai staf dan wakil yang akan menjadi wakil untuk mengagihkannya set kelengkapan terbabit. Ia merangkumi Kota Bharu (Kelantan), Kemaman (Terengganu) selain Johor,” katanya.
Ad Diniah mensasarkan pengagihan pengurusan jenazah termasuk kain kafan lebih 10,000 set.
“Dalam set kain kafan dan pengurusan jenazah ini merangkumi ini 20 barangan termasuk telekung, air mawar, dan alat kelengkapan pemandi jenazah seperti apron, sarung tangan dan sebagainya.
“Kebiasaannya kita mendapatkan kelengkapan ini di kedai berbeza. Ada kedai yang tidak menjual semua kelengkapan dan keperluan diperlukan. Jadi itu agak menyukarkan.
“Pihak kami mengambil masa sekitar dua minggu sekurang-kurangnya untuk menyediakan 100 ke 100 set lain. Kos satu set adalah RM300,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ad Diniah juga mengalu-alukan sumbangan dan infak orang ramai dalam mengimarahkan kempen.
Ditanya mengenai keunikan setset pengurusan jenazah ini berbanding dengan set yang lain, Zakaria berkata ia didatangkan dengan kain sudah sedia berjahit dan dipotong.
“Ia lebih memudahkan pihak masjid atau keluarga si mati. . Proses jadi lebih cepat dan menjimatkan masa serta memudahkan urusan menguruskan jenazah,” katanya.
Untuk rekod pertubuhan tersebut diusahakan sejak 1985 dan kini genap usia yang ke-37. Ia bermula dengan program korban dan aqiqah di Malaysia termasuk ke Kemboja.
Pertubuhan yang memiliki 32 staf ini rancak menyalurkan bantuan wakaf Al-Quran, pam air, tandas, basikal dan banyak lagi.
Kini dikembangkan pula dengan pengagihan kit atau set pengurusan jenazah. Bahkan ada pembelian set berkenaan dibeli untuk disimpan di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Risau, Saya Masih Mementingkan Etika & Keberkatan,” – Dituduh Jual Baju Preloved Diperoleh Secara Percuma, Ini Respon Balas Wany Hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menjual semula baju terpakai yang diterima secara percuma di akaun Instagram ‘Preloved Still In Love’ kendaliannya.
Menurut Wany, kesemua pakaian terpakai yang dijual di akaun tersebut merupakan koleksi peribadi yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.
Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ juga merupakan kepunyaannya yang dibeli menerusi bahagian ‘display’ di sesebuah butik.
“Salam, semua barang pre-loved yang di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tidak akan jual barang yang saya dapat secara percuma.
“‘Sample’ yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu photoshoot produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.
“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ‘ngam’ dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas tu sekarang dah tak muat (padan uka siapa suruh makan nasi lemak).
“Saya nak let go lah. Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi ruangan Instagram Stories selepas terdapat seorang individu yang kurang senang dengan perkara berkenaan.
“Dapat barang free lepastu jual kat orang, hebat permainan. Jelas kat situ **sample,” kata individu tersebut.
Dalam pada itu, Wany turut mendedahkan kepada individu berkenaan supaya tidak perlu bimbang berhubung perkara tersebut kerana dia masih mementingkan etika serta keberkatan dalam urusan jual belinya.
Sumber: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…”

Pelakon Syida Melvin kini mahu cabar diri dengan meneroka dunia perniagaan baharu meski sudah sedia sukses membangunkan jenama kosmetik bersama kakaknya yang juga aktres, Syatilla serta adik beradiknya yang lain.
Syida, 25, berkata, dia cuba beranikan diri untuk bergerak secara solo dengan mengusahakan bisnes minuman, Madani Coffee.
Malah keputusan yang dilakukan tidak bermakna terdapat sebarang isu di antaranya dengan adik-beradik yang lain.
“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.
“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.
“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” katanya.
Mengusahakan minuman tersebut bersama suaminya, Shafiq Shaheen, pelakon drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.
Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.
“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida yang menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama jualan.
Sementara itu suaminya yang juga anak ‘Iron Lady’ AllahyarhamahDato’ Wira Dr. Maznah Hamid, optimis meneruskan legasi baik ibunya dalam soal membantu orang ramai terutamanya wanita dalam menjana pendapatan.
Menurut Shafiq Shaheen, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.
“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.
“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” katanya.
Berkongsi momen Ramadan bersama ibu tersayang pula, Shafiq Shaheen mengakui momen arwah ibu yang sering membawanya turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik memberi zakat kepada golongan sasaran.
“Momen itu meninggalkan kesan buat saya dan sehingga kehari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI