“Garang Sangat,” – Anak Muncul Di TV Bilang Papa Paling Garang, Norman Hakim Tidak Tahu Beri Reaksi

Share

Berkongsi sedutan temu bual bersama anak-anak, Norman Hakim berkongsi reaksi di Instagram selepas mendapat kejutan istimewa di program Mingguan Wanita sebentar tadi.

Ulasnya, selepas mempertahankan kenyataan bahawa ibu lebih garang daripada bapa, muncul klip memaparkan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 mengatakan Norman lebih garang daripada ibu mereka, Memey Suhaiza.

“Cerita dalam #mingguanwanitatv td.Topik hari ni ‘IBU atau AYAH;Siapa paling GARANG?’

“Saya tgh syok dok ‘feed’ mempertahankan sebenarnya IBU yang lagi garang dari AYAH,disokong oleh pendapat majoriti netizen diluar yg diinterview yg mana peranan AYAH lebih reserved & ‘underdog’…tiba2 VT mainkan footage nih.Agak2 mcmana la muka saya masa tu ek?

“Habis tenggelam ke dasar segala kata2.Perghhh…’deep’ sangat konspirasi game team #mingguanwanitatv dan wifey @memeysuhaiza X @awishzarisz nih

“Next still photo;my reaction yg tak tahu nak gelak ke..nak nangis ke..kesan dari konspirasi yg tak terduga ini huhhuhu,” tulisnya.

Elizad Sharifuddin turut meninggalkan reaksi di ruangan komen.

Norman Hakim dan Memey diijabkabul pada 2011 dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, setahun.

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Marah tanda sayang.

Foto : Instagram Norman Hakim

Published by
Noraini Abd Wahab