Datin Paduka Eina Azman menyatakan rasa terima kasih dan berdoa agar si kecil yang menderita Ekzema serius, Thaqif Arjuna, 3 bulan agar segera sembuh. Bintang itu menyatakan rasanya menerusi posting terkini di Instagram.
Katanya, dia berterima kasih buat semua yang memaklumkan mengenai penderitaan yang dialami si kecil itu menerusi DM.
Eina turut berkongsi momen sekitar perjumpaannya dengan famili berkenaan di Instagram.
“Salam semua… Pertama skli eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyra di Penang.
“So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit,” tulisnya.
Pada masa sama, isteri kepada ushawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah turut gembira kerana penyakit yang dialami Thaqif boleh sembuh andai menjalani rawatan berterusan.
“Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal? to be honest kes kali eina rasa lagi teruk. Thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah.
“Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai.
“Insyallah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh,” kata Eina sambil turut meminta bantuan netizen lain bagi meringankan beban si kecil berkenaan.
“So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 157139805019 Maybank. semoga allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulis Eina panjang lebar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat adik Thaqif selain turut memuji kemuliaan hati pasangan ini. Ini bukan kali pertama Eina dan suami cuba memberi bantuan insan memerlukan.
Foto: Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI