Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mengakui berasa agak berang dengan tindakan seorang pengguna Twitter yang melontarkan ciapan berbaur biadap terhadap keluarganya baru-baru ini.
Individu berkenaan dikatakan secara terbuka mendakwa Dr. Say merupakan seorang lelaki yang cenderung terhadap hubungan sejenis dan perkahwinannya bersama isteri hanya bersifat untuk mengaburi mata orang lain.
Tambah mengecewakan, idividu berkenaan turut melabelkan anak sulungnya, Ace sebagai OKU berikutan perkongsian daripada Dr. Say mengenai gangguan perkembangan neuro atau autisme anaknya sebelum ini.
Menurut Dr. Say, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang ingin bercakap buruk mengenai dirinya namun bukan untuk anaknya.
“Don’t You Dare Touch My Son. Sebab utama mak saya melarang saya daripada bercerita kisah Ace adalah sebab dia takut orang akan treat Ace differently dan segelintir orang might be pathetic.
“Masin mulut mak saya. Saya baca komen-komen kalian di instagram dan Alhamdullilah 99% are very kind, supportive dan motivating. Hari ini sorang follower share kat saya the remaining 1% dan it really pisses me off.
“Saya okay ja nak tuduh apa jua orientation saya under the sun, biasa kena dah. Tapi to pick on my son is terpaling kurang ajar!,” tulisnya.
Rasa geram tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, dakwaan individu terbabit bersifat melulu dan tidak berasas.
“Tak baca full cerpen dan buat assumption based on tajuk click bait @501awani siapa yang terpaling ‘bodoh amat’ sekarang ni? ‘Habiskan duit semata-mata nak tunjuk straight’
“Pulak ape cerita? Taktau pulak selama ni straight guys perabih duit just to be straight aduhai context perbincangan ko,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Dr. Say memaklum dia tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap pertuduhan tersebut sebaliknya dia tetap memaafkan sahaja perbuatan individu berkenaan.
“Takpelah Mal (if that is your real name), i forgive u dan i do not intend to take action on your defamation but i do hope you find it in you to read any article that you came across to the fullest before making any empty-headed status like this.
“Aku dah rujuk pakar kanak-kanak, aku tak habis duit untuk buktikan aku straight, aku tak gay dan yang paling penting aku sayang anak aku unconditionally. I wish you all the best in your sex addiction recovery. Jangan frust aku straight,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar kenyataan individu tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Dr. Say dan seluruh ahli keluarganya.
Baru-baru ini, Dr. Say ada mendedahkan mengenai kondisi anaknya yang disahkan mengidap ‘mild-autism’ selepas menjalani pemeriksaan bersama doktor pakar.
Sumber: Instagram Dr. Say