Penyanyi Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuk peminatnya susulan penampilannya dalam sebuah majlis, baru-baru ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjelaskan stail hijab yang didakwa menyerupai rahib itu merupakan idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semalam itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 (A Night With Aina Abdul) baru-baru ini.
“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.
Aina pada masa sama bagaimabapun akui akan lebih berhati-hati dalam berfesyen.
“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” tulisnya lagi.
Pada Khamis lalu, penampilan Aina pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik sesetengah netizen apabila ia dikatakan menyerupai biarawati gereja atau rahib.
Foto: Instagram Aina Abdul