Aktor terkenal Zul Ariffin menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia sebagai anak emas kepada syarikat produksi Infinitus Productions susulan kerap terlibat di dalam filem terbitan rumah produksi berkenaan.

Menurut Zul, dia percaya setiap syarikat produksi mempunyai pilihan pelakon sendiri yang membuatkan mereka selesa bekerjasama, seterusnya memudahkan proses penggambaran.

“Gayatri Tak Pilih Bulu, Dia ‘Brutal’,” – Zul Ariffin

“Saya bukan anak emas Infinitus Productions. Mungkin itu hanya persepsi orang luar. Jika kita lihat syarikat produksi besar lain, kalau kita perasan, pemilihan pelakon mereka juga lebih kurang sama sahaja.

“Pada saya, itu bukan kroni sebaliknya adalah orang-orang yang mereka sudah biasa bekerja. Begitu juga saya dengan team Infinitus.

“Mereka merupakan produksi yang memberikan saya debut watak utama dalam filem J-Revolusi. Kemudian banyak produksi lain panggil saya juga.

Ads

“Saya percaya, bila kita berikan kualiti kerja yang bagus, sudah pasti mereka akan panggil semula,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Sheriff itu berkata sedemikian ketika ditemui forum The Actor’s Chair’ anjuran Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7, baru-baru ini.

Meskipun mempunyai hubungan baik bersama tunjang utama Infinitus Productions yang juga merupakan penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai, Zul memaklumkan hal tersebut bukanlah tiket buat dirinya berasa selesa.

“Gayatri Tak Pilih Bulu, Dia ‘Brutal’,” – Zul Ariffin“Jangan risau. Gayatri seorang yang ‘brutal’ dan tidak memilih bulu. Bila-bila masa sahaja dia boleh buat keputusan untuk gantikan saya dengan pelakon lain kalau watak tak sesuai.

Ads

“Saya tidak akan dapat simpati dengan dia. Saya kenal sangat dia macam mana. Kalau tidak, macam-macam filem saya sudah buat dengan dia,” ujarnya lagi.

Tegas Zul, dia merupakan seorang pelakon yang sentiasa berpegang kepada prinsip dan mahu memberikan yang terbaik bila setiap kali ditawarkan untuk menjayakan projek filem.

“Gayatri Tak Pilih Bulu, Dia ‘Brutal’,” – Zul Ariffin

Ads

“Saya tidak akan paksa orang terima saya berlakon. Itu prinsip saya. Kalau mereka rasa berbaloi nak tawar saya berlakon, barulah ambil saya.

“Jangan terfikir langsung nak ambil saya hanya kerana nak jaga hati. Kalau tidak, hal ini akan memanjakan saya. Saya nak berdiri di atas kaki sendiri dan buat yang terbaik untuk diri sendiri.

“Bila mengharapkan orang, ia akan jadi satu budaya bila kita perlu ambil hati. Saya bukan artis sebegitu. Saya lebih sanggup tidak diambil bekerja daripada ditawarkan sebab nak jaga hati.

“Setidaknya saya puas hati. Masuk set pun tidaklah rasa rendah diri sebab orang memang nak ambil kita berlakon. Filem keluar dekat pawagam dan yang nak betemu dengan penonton pun saya juga,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI