Fenomena industri hiburan Korea Selatan khasnya dalam bidang muzik menerusi ‘K-pop’ kini berjaya menembusi pasaran di seluruh dunia.
Antara kumpulan yang sering mendapat sambutan paling hangat termasuklah Bing Bang, BTS, Blackpink, EXO dan banyak lagi.
Malah, ada di antara mereka yang berjaya memecahkan domininasi carta dan anugerah, termasuk di Amerika Syarikat.
Malah, baru-baru ini juga, grup lelaki popular dunia masa kini, BTS turut berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas meraih anugerah Artist of The Year di America Music Award 2021 (AMA).
Tambah mengagumkan, mereka juga kini merupakan pemegang 23 Guiness World Records di dalam pelbagai anugerah bagi kategori muzik dan media sosial.
Memasuki tahun 2022, BTS dijangka bakal membuat penampilan pertamanya pada tahun ini di majlis anugerah paling berprestij di Korea Selatan iaitu Golden Disc Award 2022 (GDA2022) yang kini memasuki edisi ke-36 pada 8 Januari depan.
Majlis anugerah ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak memandangkan ia telah diiktiraf sebagai majlis anugrah yang paling digemari oleh para penggiat seni Korea Selatan diatas keterbukaan penilaiannya yang dikatakan lebih adil dan mengikut objektif sejak pertama kali penganjurannya.
Pemenang bagi setiap kategori ditentukan menerusi dua faktor utama iaitu jumlah jualan album dan juga penstriman secara digital.
Selain BTS, GDA2022 turut telah mengumumkan senarai barisan awal artis-artis ternama yang akan turut sama memeriahkan majlis anugerah tersebut antaranya Aespa, The Boyz, Brave Girl, ENHYPEN, Lee Mu Jin, Lim Young Woong dan Jeon Somi.
Acara karpet merah juga turut akan dipancarkan secara langsung selama sejam untuk anda melihat sendiri persalinan yang akan digayakan oleh bintang-bintang K-pop itu nanti.
Golden Disc Award 2022 bakal dihoskan oleh gandingan trio pengacara hebat iaitu Sung Si Kyung, Lee Da Hee dan Lee Seung Gi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.