Gelagat Anak Sulung Syarif Sleeq Ajar Si Adik Mengaji, Comelnya!

Share

Penyanyi kumpulan Sleeq, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah atau mesra disapa Syarif merakam video apabila dua orang anaknya sedang membaca Iqra’. 

Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan gelagat anak sulungnya, Selma Malika sedang mengajar adiknya, Umar Nael membaca Iqra’.

“Selma attended her first kelas mengaji last week and eversince then, she is so into becoming an ustazah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel itu.

Terdahulu, Syarif dan isteri, Malaque Mahlady mendirikan rumah tangga pada November 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Selma Malika, 4, dan Umar Nael, 3 tahun. 

Video : Instagram Syarif

Published by
MH