Gelakkan Safawi Rasid Bertutur Dalam Bahasa Inggeris? Ini Amaran Zarina Anjoulie! – “Siapa Kacau Aku Ludah.”

Share

Pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir netizen yang seolah-olah tmempersenda usaha pemain bola sepak negara, Safawi Rasid untuk bertutur dalam bahasa Inggeris ketika sidang media pengenalan pemain baru pasukan, Portimonense S.C.

Menurut Zarina, perbuatan tersebut adalah sangat tidak wajar lebih-lebih lagi pemain tersebut sedang membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

“Satu video pasal Safawi. Spain ke Portugal ke lantak lah. Siapa kacau Safawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap english bukan cakap Melayu kt sana.

“Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir. Sikit sikit nak bahan, biar la dia belajar.

“Power lah juga dia dapat main untuk club sana international daripada korang yang terperap je kat rumah takde buat apa apa.

“Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama berhubung situasi yang lalui oleh Safawi tu.

Terdahulu, Safawi telah berangkat ke bumi Portugal bagi menyertai pasukan Portimonense S.C. dari Johor Darul Takzim.

Safawi secara rasmi telah pun diperkenalkan sebagai pemain baru pasukan tersebut dan kini giat menjalani sesi latihan.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Published by
Aizam Manaf