Sebelum bergelar cef selebriti, nama penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sememangnya tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air sejak tahun awal 2000.
Malah, lagu-lagu hitsnya seperti Asmara Ini dan Bila April masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta yang akan bertanding di program realiti, Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).
Bercakap kepada MH, Fazley mendedahkan dia kini bersedia menerima sebarang kritikan daripada pihak juri profesional mahupun netizen.
Menurut Fazley, dia sebenarnya sudah terbiasa berhadapan dengan situasi tersebut memandangkan sebelum ini dia juga sering kali dijemput untuk menjadi juri bagi pelbagai program masakan.
“Sebelum ini saya pernah menjadi juri masakan serta nyanyian dalam dan luar negara. Bila saya mengkritik orang, saya sentiasa meletakkan diri saya di dalam ‘kasut’ mereka.
Ads
“Sekarang saya hanya tukar ‘topi’ sahaja. Kalau sebelum ini saya pakai topi sebagai juri masakan, kini saya jadi peserta program nyanyian pula. Saya memang mohon untuk dikritik.
“Saya dah lebih daripada bersedia. Jadi, kritiklah saya. Kerana kritikan itu merupakan satu semangat. Baik atau buruk kena terima sebagai pelajaran,” katanya kepada MH.
Bapa kepada empat orang cahaya mata ini berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, kritikan-kritikan ini secara tidak langsung akan menjadi ilmu baharu buat dirinya untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.
“Walaupun saya dah lama bergelar insan seni, setiap kritikan adalah ilmu baru. Jadi kalau setiap minggu saya dikritik oleh juri profesional atau netizen, itu ilmu yang saya dambakan.
“Bila pengumuman peserta GV dibuat, ramai tanya kenapa saya membenarkan diri saya untuk dikritik? Gelaran Datuk itu tak boleh dibawa mati.
“Tapi saya mahu nama Fazley Yaakob sebagai Abang Asmara disemadikan dalam duni seni sebagai seorang yang pernah menyanyi. Kutukan dan kritikan itu lumrah,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Fazley turut memaklumkan antara sebab dia menyertai program GV8 adalah untuk menyatukan peminatnya sama ada daripada bidang masakan dan nyanyian.
“Saya sebenarnya masuk ke GV untuk ‘kahwinkan’ peminat saya. Bunyinya macam lucu. Saya ada peminat daripada bidang masakan dan pernah ada peminat dalam bidang nyanyian.
“Masih ada juga segelintir peminat saya dalam bidang nyanyian yang bertanya bila saya nak buat comeback? Jadi, dengan GV saya dapat satukan kedua-dua generasi peminat yang berbeza ini,” akhirinya.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Seri Umie Aida yang baru sahaja menerima kehadiran seorang bayi perempuan sebagai anak angkat berkongsi tips berkesan cara mendidik anak agar mampu hafal dan khatam Al-Quran pada usia muda.
Pelakon Dukun itu memuatkan beberapa sedutan video di Insta Stories anaknya sedang diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Alhamdulillah anak me senang sangat jaga,” kongsinya.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
“Usia 2 bulan…juz 2 dan seterusnya sampai habis 30 juz. Kaedah mendidik anak untuk hafal dan khatam quran usia muda dari ustaz adi hidayat. Insya’allah,” doanya.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Umie sebelum ini memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Umie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto : Instagram Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemunculan figura pelakon Amyza Aznan menerusi persembahan penyanyi Zaki Yamani dan Yamani Abdillah di konsert minggu keempat Famili Duo, malam tadi nyata menjadi sorotan ramai pihak.
Di sebalik ramai yang memuji penampilannya yang mengenakan dres hitam belah tepi pada segmen tersebut, ada yang turut memberikan reaksi pelbagai.
Bintang Rindu Kasih ini bagaimanapun memberikan reaksi ringkas menerusi ruangan komen di Instagram, sebagai respon ditinggalkan pengurus artis, Kam Abd Manap.
“X pon. Ada slua (seluar) la skin kaler (colour). Ala you ni suke tertipu. Cepat jadual next,” balas Amyza.
Terdahulu, menerusi program nyanyian realiti itu, Zaki dan Yamani membawakan lagu Hati dendangan asal penyanyi popular, Hael Husaini.
Sewaktu mereka membuat persembahan, Amyza yang berselindung di sebalik tirai hanya menampakkan bayang-bayangnya sebelum membuat kemunculan pada akhir lagu.
Kemunculan Amyza juga turut menerima sorakan dan tepukan gemuruh para penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu ada menerima kritikan dan komen negatif netizen terhadap perkongsiannya di media sosial yang disifatkan keterlaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.
Bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata, tempias tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab.
“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain.
“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.
“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,” katanya.
Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah.
“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan.
“Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” katanya kepada MH lagi.
Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!