Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.

Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.

Stail Pilihan Khainina Khalil?

Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!

Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.

Ads

Cara ‘Maintain’ Stailo & Trendy?

Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!

Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.

Ads

Ikon & Role Model Khainina Dalam Fesyen?

Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!

Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.

Ads

Bagaimana Nina Jaga Kulit Agar Kekal Sihat?

Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!

Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Khainina Khalil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI