Sering memuat naik foto serta kapsyen yang membayangkan dirinya bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi, Elfira secara terbuka memberikan pandangannya mengenai keperibadian bakal imamnya, Faris Anuar.
Memetik Hijabista, pelakon berkenana mengakui tunangnya itu seorang yang mementingkan agama seterusnya bersyukur, majlis tunang yang berjalan secara tertutup tidak lama dulu dipermudahkan.
“Sebenarnya sebelum itu El memang rajin ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best-best.
“Malah sejak bertunang ini, El juga gembira tunang rajin turut sama join aktiviti kuliah di masjid.
“Apa yang boleh El katakan El gembira kerana dia seorang lelaki yang begitu menitikberatkan agama. Kadang-kadang dia akan ingatkan El untuk pergi sama-sama dan ajak teman-teman lain,” katanya.
Jelas Elfira lagi, ada kuliah yang turut disertai rakan-rakan lain.
“Biasanya kita akan pergi dalam group mendengar kuliah best yang disampaikan,” ujar bintang ini jujur.
Diajukan persoalan perihal kriteria yang membuatkan hatinya terpaut pada Faris, ini katanya;
“Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri.
“Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab. El juga memang sudah bersedia ke arah itu. Doakan yang terbaik untuk kami berdua,” akhirinya.
Foto: Instagram Elfira Loy