Pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan Jaclyn Victor muncul juara dalam program realiti yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.
Mempersembahkan dua tugasan menerusi empat buah lagu termasuk segmen ‘battle’, Jac berjaya mengetepi lima peserta lain sekaligus membawa meraih hadiah wang tunai RM100,000.
Turut menerima percutian ke Paris, hadiah penginapan dan trofi.
Menerusi persembahan pertama, menyanyikan lagu Its All Coming Back To Me Now dan This Is Me.
Persembahan konsistennya turut mendapat komen positif juri yang dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sementara Edry Abdul Halim sebagai juri undangan.
Sementara itu, Bob Yusof di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM50,000.
Shila Amzah menduduki tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan Tomok di kedudukan keempat. Penyanyi ini berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000.
Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam, VE dan Hazrul Nizam masing-masing memenangi RM15,000 dan RM10,000.
Bagi musim ini, ia dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selama 11 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.