Instafamous Atierah Zulfatie atau Beby Tora ada berkongsi beberapa komen daripada seorang individu yang menggunakan nama Syasya Tasyaa di media sosial.
Difahamkan, individu tersebut kerap meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap tubuh fizikal dan menyifatkan suami, Apit Johari sebagai lelaki tidak berguna.
Kongsi wanita ini lagi, individu tersebut akan memberi reaksi negatif di semua platform media yang ada. Malah, dia tidak mahu saman individu terbabit kerana tidak mahu ia berlanjutan.
“mmg aku dok prasan budak ni dari ke ig sampai ke youtube dok kutuk aku banyak pahala aku dik oii.tringin juga nak jumpa spesies mcmni dpan2.aku mlas nak main court ja psai aku pun ada family nak kena jaga.
Ads
“mlas cara orang laguni aih .sriesly orang laguni ada pnyakit hati.sapa tau dia sapa, meh dm aku saitt,” luahnya.
Menerusi posting terbaru, dia juga menjelaskan kekecohan yang berlaku di laman Youtube miliknya berkenaan empat bungkus ramen dan ayam.
“Semalam kecoh pasal video mkan aku ni dkat youtube. rileks la 4 bungkus ramen ni bukan aku mkan smpai habis pun. ayam pun sbagai hiasan ja aku tak mkan habis pun .tapi dngn adanya cheesebom @mamagfood ni mmg aku takleh stop mkan ayam cicah cheesebom.
Ads
“paling syok sbb cheesebom kalini versi cheese lebih noh .trasa cheese ,pedas smua sekata bebbb !! my favourite ever cheesebom from @mamagfood cpat contact agent berdekatan,” jelasnya lagi.
Demikian kata penyanyi, Jaclyn Victor yang tidak menafikan ada ketika dia mengalami masalah tersebut susulan timbul ramalan awal netizen yang menebak dia bakal menyertai Gegar Vaganza (GV) musim terbaru.
Menurut Jac, situasi tersebut berlaku kerana dia tidak berpeluang untuk berkongsi mengenai perkara itu atas alasan tersendiri.
“Sebabnya, bila kita tidak boleh bercakap mengenai perkara ini pada peringkat awal. Nama peserta hanya akan diumumkan secara rasmi pada sidang media.
“Dari situ saya agak tertekan. Cuma ia bukanlah sesuatu yang tidak baik. Saya terpaksa menidakkan perkara tersebut kerana ia masih baru untuk dikongsikan kepada umum. Selebihnya saya okay sahaja,” katanya.
Jac ditemui sejurus Sidang Media Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.
Jac, 43, turut mendedahkan, dia terbuka untuk menyertai program nyanyian tahunan itu kerana perubahan konsep yang diterangkan secara jelas.
“Beberapa bulan sebelum ini, saya ada mendengar mengenai pelawan berkenaan, tapi saya tidak mahu dan tak terlalu memikirkan mengenainya.
“Bagaimanapun ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program, pelawaan tersebut saya terima lagi dan masih lagi ragu-ragu.
“Kemudian bila bercakap dengan yang arif dan saya diterangkan secara terperinci mengenai konsep pertandingan realiti ini, saya jelas.
“Kalau dulu, ada yang tahu ia difokuskan kepada artis yang lama tak aktif, tak keluar lagu baharu dan sebagainya. Namun ia sudah berubah.
“Jadi bila mengetahui ia menjadi medan untuk penyanyi lakukan apa yang kita mahu, kenapa tidak ambil peluang itu? Daripada situ saya mula memikirkan mengenai hal ini dan betul juga, di mana lagi platform yang boleh kita persembahkan apa yang kita nak buat.
“Sebab kebiasaannya kalau program televisyen lain misalnya, kita sudah diberikan ketetapan untuk menyanyi lagu yang bagaimana,” katanya lagi.
Seramai 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.
Selain Jac, lima bintang solo wanita yang memberi saingan kali ini ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan dan Shila Amzah.
Sementara itu, senarai penyanyi solo lelaki yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed.
Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.
Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini aktif berniaga nasi ayam tidak dapat menahan sebak apabila tidak menyangka jualannya akan ‘licin’ lebih awal sekaligus tidak mampu memenuhi semua permintaan para pelanggan.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi video yang dikongsikan di Instagram juga berkali-kali memohon maaf kepada pembeli yang beratur tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal lagi. Jadi saya nak minta maaf pada yang datang tapi tak sempat. Yang teks tapi saya tak sempat nak balas.
“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa. Lain kali saya buat lebih banyak untuk semua orang,” katanya.
Menerusi video sama, Faye antara lain menjelaskan tangisannya bukan untuk menagih simpati, namun rasa serba salah susulan memikirkan perasaan pelanggan.
“Saya (menangis) bukan untuk minta belas kasihan tetapi saya tak boleh nak jelaskan kepada semua. Jadi saya lakukan sesi ‘live’ ini, siapa yang tonton… tontonlah.
“Saya minta maaf ya, yang tak sempat… ada seorang pakcik sampai dua kali dah dia datang, namun tak sempat juga. Saya minta maaf sangat, saya kecewakan orang,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 di platform Instagram Faye.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!