Categories: Uncategorized

Gemuk Melampau, Doktor Nasihat Mariah Carey

Share

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang mempunyai vokal yang tinggi bila menyanyikan sesebuah lagu, Mariah Carey.

Terbaru, susuk tubuh Mariah kelihatan semakin membesar daripada yang sering kita lihat dahulu.

Doktor telah menasihatkan dirinya tentang berat badannya yang semakin mendadak dan kini beratnya sudah mencecah 263 pound atau apabila ditukarkan kepada kilogram, beratnya kini sudah mencecah 119 kilogram.

Menurut sumber, punca kenaikan berat badan Mariah ini adalah kerana selera makannya kini meningkat sehingga menyebabkan berat badannya naik mendadak.

Kata sumber lagi, baru-baru ini Mariah ada mengadakan konsert dan sewaktu di konsert tersebut ada mata-mata yang menonton sangat terkejut dengan bentuk badannya yang terkini.

Ada juga yang risau Mariah akan terjatuh kerana dia memakai kasut tumit tinggi 5 inci.

Salah seorang pakar perubatan, Dr Stuart Fischer telah memberi amaran kepada penyanyi wanita tersebut walaupun tidak pernah merawat Mariah. 

Dia sebagai seorang doktor risau tentang risiko masalah kesihatan yang bakal dialami oleh Mariah jika tidak menjaga cara pemakanannya.

Seperti sukar untuk dipercayai bahawa wanita yang bertubuh gempal ini adalah Mariah Carey yang di suatu ketika dahulu mempunyai penampilan yang amat menarik. 

Semoga Mariah dapat mengawal pemakanannya agar tiada sebarang penyakit yang tidak diingini menimpa dirinya.

Sumber: informationng.com

Published by
Izzati Ramli