Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kembali foto bersama Allahyarham ibunya, Salmah Ibrahim yang sudah pergi mengadap Illahi kira-kira 16 tahun lalu.
Kongsi Nourul, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyabar dan berkorban membesarkan anak-anak seramai 15 orang.
“Hari ni genap 16 tahun mak tinggalkan kami sekeluarga.
“Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami – anak anak mu seramai 15 orang.
“Terima kasih ya Allah pinjamkan seornag emak yang sangat penyabar dan baik kepada kami sekeluarga. Terima kasih bagi hamba mu ini merasa kasih ibu sepanjang 26 tahun aku hidup.
“Terima kasih ciptakan seorang insan seperti emak kami yang bernama Salmah Ibrahim. Yang banyak berjasa sepanjang usianya sepanjang bertugas merawat pesakit pesakitnya. .
“Anugerahkan syurga buat ibu ku ya Allah. Kerana dia layak selayaknya (di mata ku). Ampunkan dosa dosanya walaupun sebesar zarah. .
“Ini kasih dan rindu yang tidak berpenghujung. Cinta yang sebenarnya ialah cinta dan kasih ibu. Real love. Tidak akan luput walaupun mereka tidak lagi di bumi ini. Al fatihah Mak. Tenanglah di sana,” kongsinya.
Foto tersebut melihatkan Nourul bersama arwah ibunya bergambar bersama ketika mahu berangkat ke Mekah.
“Gambar ni masa kami pi Mekah dgn mak kami tahun 2000. Masa tu Tuhan saja yang tau betapa bahagianya kami dapat spend seminggu dengan mak sepenuhnya.
“Dapat jadi seperti kami kecik dulu. Dapat rasa masa remana dengan mak yang mana masa remaja kami kami habiskan di sekolah dan juga bekerja sebagai menyanyi. Lepas tu kawin . Lagi lah jauh dengan mak. So kat mekah tu the best moments! Alhamdulillah dapat rasa.
“Lepas setahun balik Mekah, arwah meninggal,” kongsi Nourul.
Terdahulu, Nourul sering berkongsi kenangan bersama arwah ibunya dengan memuat naik gambar bersama.
https://www.instagram.com/nouruldepp/?utm_source=ig_embed
Foto : Instagram Nourul Depp