Genap 2 Tahun Pakai Hijab, Jihan Muse Berdoa Agar Kekal Istiqamah

Share

Bersempena dengan sambutan Hari Hijab Sedunia hari ini, pelakon dan pengacara Jihan Muse memberitahu dirinya kini sudah genap 2 tahun memakai hijab.

Jihan atau nama sebenarnya, Nurul Jihan Musa berharap dirinya akan terus kekal istiqomah untuk menutup aurat dengan memakai hijab.

Dalam pada itu, hos rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini turut menyarankan kepada kaum wanita untuk mula mengenakan hijab.

“Bismillahi MashaAllah. 1st feb. Today officially 2 years i wear a hijab. Semoga dpt terus istiqomah dan improve diri dlm menjaga aurat zahir & batin. Lets wear hijab.

“A hijab doesn’t represent how religious u are, but it’s a reminder that even when your imaan is low u still belong to Islam. #worldhijabday,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Jihan yang kini kelihatan lebih manis dan ayu mengenakan hijab.

Foto: Instagram Jihan Muse

Published by
Nazar Rafiqhi