Menginjak pada usia tiga tahun, Yana Samsudin mengimbau detik kelahiran Aisy Mateen yang disifatkan sebagai hadiah di dalam kotak.
Kongsinya di Instagram, dia dan suami tidak tahu apa yang harus ditebak saat menunggu keluarnya si kecil daripada rahim.
“Anak ku @aisymateen, hari ini genap 3 tahun usia anakanda…
“Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.
“Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya.
“Macam-macam terbayang dalam fikiran. Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.
“Sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi. kami panggil
Mateen “Ahmad” sahaja dari dalam perut,” kongsinya.
Malah tambah pengacara ini, kehadiran anak lelaki itu membuatkan kedua-duanya cukup teruja melalui kehidupan dari hari ke hari.
“Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari!
“Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen… tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama.
“Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke,” tulisnya.
Meskipun tiada sambutan istimewa atau kek, namun doa seorang ibu sudah cukup menyempurnakan hidup si anak.
“Takda kek, hanya lah doa dari mommy… semoga AisyMateen menjadi anak yang soleh.
“Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya. Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy.
“Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu.
“Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas,” kongsi Yana panjang lebar.
Selamat hari lahir Mateen. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI