Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takpelah Tutup Mata, Maafkan…,” – Percubaan Balik Kampung Guna Kapal Haram Gagal, Betty Rahmad Jumpa Semula Pembantu Rumah
Sebelum ini, pelakon, Betty Rahmad ada berkongsi kisah mengenai pembantu rumahnya yang dikatakan telah melarikan diri untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki kapal.
Terbaru, Betty memaklumkan dia ada berjumpa semula dengan pembantu rumahnya itu selepas difahamkan percubaannya untuk pulang ke kampung menerusi jalan laut gagal.
Jelas ibu kepada seorang anak itu lagi, dia telah pun memaafkan perbuatan wanita tersebut kerana faham kadang-kala sesetengah orang membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
“Jejak kasih 2020. Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.
“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Takpelah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa & kebaikan,” tulisnya.
Entri tersebut dikongsikan oleh Betty menerusi akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Betty mendedahkan pembantu rumahnya itu akan tetap pulang ke negara asalnya dan kali ini dia akan menggunakan cara dan saluran yang betul.
“Dipendekkan cerita, esok baru dapat balik naik flight inshaAllah. Secara sah dan dengan surat kebenaran dari majikan.
“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa her family dengan selamat InshaAllah Aamin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberika kata-kata pujian selain turut menyifatkan Betty merupakan seorang majikan yang sangat baik hati.
Selepas ketiadaan pembantu rumahnya, segala urusan menjaga anak serta kerja-kerja rumah dilakukan sendiri oleh Betty dengan bantuan daripada suami tercinta.
Sumber: Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“12 filem Dalam 24 Bulan”, – Projek Terkini Bantu Rancakkan Industri Perfileman
Jalinan kerjasama di antara syarikat produksi, Zebra Studio Sdn. Bhd dan Tremendous Entertainment menyaksikan satu sisi positif buat industri perfileman tempatan.
Ini kerana, dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, usaha tersebut setidak-tidaknya mampu mengembalikan kerancakan industri perfileman lokal yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang Pentas dan Media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.
“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
Sementara itu, Pengasas yang juga Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.
“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.
Difahamkan, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor serta empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, beliau menyatakan tiga filem tempatan berbahasa Inggeris turut akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India serta beberapa buah negara lain.
“Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021,” katanya.
Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.
Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rita Rudaini Bidas Dakwaan, Ajak Farahanim Jumpa Depan-Depan ; “Jahat Juga Mulut Awak Ya Sis?”
Pelakon Rita Rudaini menempelak tindakan pengacara, Fara Hanim Razak yang mendakwanya sebagai seorang anti vaksin selain menyifatkan Covid-19 adalah iluminati.
Terdahulu, Fara Hanim menerusi Twitter didakwa ada memuat naik hantaran iaitu, ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah iluminati’.
Rita percaya, ‘RR’ yang dimaksudkan Fara Hanim itu ialah merujuk kepada dirinya.
Rita menerusi Instagram bersama kapsyen panjang lebar menjelaskan, tindakan wanita terbabit yang memuat naik ciapan sedemikian di Twitter sebagai tidak matang.
“Eh nampak sangat tak bijak, pasal vaksin saja pun nak pandang serong dekat orang. Islam pula tu. Ayoo orang macam ini tak boleh buat jiran. Suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut. Belakang busuk juga ye.
“Tak payah tulis RR atau LL. Tulis saja nama apa salahnya kalau nak cari publisiti. Lepas ni naiklah pengikut, jahat juga mulut awak ya sis,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata menambah, pengacara berkenaan sepatutnya datang bersemuka secara berdepan sekiranya ada yang tidak berpuas hati.
“Beginikah sikap seorang muslimah, orang Muslim? Datanglah jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang pun kan?
“Saya lagi lama duduk di kawasan ini, berjiran dengan Scha Alyahya dan Awal Ashaari serta Lufya. Tak pernah pula jumpa jiran macam ini. Elok je kami.
“Kalau tak puas hati datanglah berjumpa, kita orang Islam dan hidup berjiran. Apa masalah awak ni?
“Saya pun tak pernah tulis saya anti vaksin. Lepas tu? Saya nak rebus rumput ke, nak rebus tahi ke, itu saya punya pasal lah. Tak pernah kacau hidup orang pun,” tulisnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI