Genap sebulan kelahiran permata sulungnya, hos terkenal Che Puan Sarimah Ibrahim iaitu YM Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin pada 19 Julai lalu, Sarimah kini dilihat kembali aktif di gimnasium.
Meski baru bergelar ibu, ia bukan menjadi penghalang untuk pelakon berusia 41 tahun ini melakukan senaman di gim, melakukan senaman bersesuaian dengan situasi.
“It’s been 30 days post delivery. So I’ve started to walk around more. Gentle light exercises..Starting to feel stronger and more myself..not bad for a 41 year old first time mum i think.
“Thanks to keeping to my workouts for my entire pregnancy…..my Tummy is almooooost back to pre pregnancy. Pantang food and urut has also helped alot! What a journey this is!,” tulisnya.
Lalu, pengguna media sosial memberikan kata-kata semangat buat Sarimah yang sudah sinonim dengan aktiviti di gimnasium.
Terdahulu, Sarimah sebelum ini sering melakukan senaman di gim untuk kesihatan dirinya dan kesuburan kandungan.
Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Pasangan ini dikurniakan puteri sulung, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu.
Malah, maksud nama tersebut membawa kepada sifat kemenangan yang indah dalam Islam.
Foto : Instagram Sarimah Ibrahim