Bersempena ulang tahun perkahwinan, pelakon Aidil Aziz ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga merupakan aktres terkenal, Fasha Sandha.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aidil memanjat rasa syukur apabila mahligai cinta yang dibina bersama Fasha kini sudah genap menjangkau 4 tahun.
Di samping mengimbau kembali foto perkahwinan, Aidil menyifatkan, memiliki Fasha sebagai isteri adalah perkara terindah.
“Happy anniversary sayang yang ke-4. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kurniaan yanb Allah berikan pada i. Memiliki you adalah hal yang terindah & sempurna dalam hidup,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap agar rumah tangganya bahagia harmoni dan mendapat rahmat Yang Maha Esa.
“Semoga Allah terus tambahkan lagi rezeki kebahagiaan & cahaya mata pada kita di masa kini & mendatang.
“Terima kasih untuk segalanya isteriku @fashasandha. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kita sampai ke syurga.Aamin,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha