Sempena genap 46 tahun pelakon legenda Aman Ramlee Jaafar atau AR Tompel, anaknya yang juga merupaka pelakon Adlin Aman Ramlie ada kongsi ucapan khas yang pernah diterima dari bapa tercinta.
Menerusi ucapan dari sekeping kad bertulis tangab itu, bapanya ada memberi kata-kata semangat buat Aman.
“Trust your hopes, not your fears!” tulisnya.
Adli berkongsi foto kad ucapan itu menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, awal semalam.
Sementara menerusi ruangan kapsyen pula, suami kepada Emelda Rosemila itu turut memohon peminat supaya mendoakan agar roh Allahyarham kekal terpelihara dan ditempatkan di syurga.
“Hari ini genap 46 tahun Arwah Bapak Aman Ramlee Bin Jaafar ( AR Tompel ) meninggalkan kita semua.
“Dia telah meninggalkan byk kenangan dan ingatan lucu yg menyentuh hati kita semua.
“Sama-sama doakan roh Allahyarham terus terpelihara dan ditempatkan di syurga yg teragung. Al-Fatihah,” tulisnya.
Foto: Instagram Adlin Aman Ramlee