Pelakon dan pengarah, Pierre Andre akui lebih selesa dengan kehidupan tanpa telefon bimbit dan akaun media sosial yang kini menjadi keperluan utama setiap individu.
Menurut Pierre atau nama sebenarnya, Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, jika ada yang ingin mencarinya atas urusan kerja atau keluarga, mereka boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.
“Saya ada telefon bimbit tapi bukan untuk buat panggilan. Saya guna hanya untuk ambil gambar atau video bersama keluarga. Telefon ini tiada servis talian.
“Kalau ada yang nak hubungi saya, boleh cari isteri saya. Dia adalah pengurus yang menguruskan saya. Kalau ibu saya cari, dia akan hubungi isteri saya. Mereka memang sudah macam kawan baik.
“Sebab itu jugalah ramai yang susah nak hubungi saya,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon senior, Khatijah Tan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran trailer dan OST filem Jangan Pandang Belakang 2, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia kini lebih memilih kehidupan yang lebih privasi namun tetap mengambil maklum tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling.
“Media sosial pun saya tiada tapi saya tak hilang pun. Saya ambil maklum mengenai isu semasa melalui akaun isteri saya cuma saya tidak meletakkan diri saya di media sosial.
“Saya suka hidup dalam keadaan biasa sahaja dan tidak terlalu terbuka. Saya tak nak orang tahu sangat tentang kehidupan saya.
“Saya bukan nak kata saya ‘introvert’ tapi saya tak pandai nak bergaul sangat. Bila dipertemukan dengan isteri yang sama seperti saya, kehidupan kami tidak terlalu menonjol,” ujarnya lagi.
Ditanya sama dia akan kembali menggunakan telefon bimbit memandangkan dia kini sudah kembali aktif di dalam bidang seni, Pierre memaklumkan pendiriannya tidak akan pernah berubah.
“Saya akan kekal sebegini. Kalau ada nak cari saya untuk promosi filem atau tawaran kerja, carilah isteri saya.
“Dulu masa awal-awal tak gunakan telefon, rasa susah juga dan saya perlu guna telefon awam untuk hubungi keluarga. Ramai juga pelik ketika itu.
“Bila tidak menggunakan telefon bimbit, saya rasa tekanan itu kurang dah lebih relaks,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang terkenal menerusi drama Dunia Baru ini akui dirinya pernah merajuk dengan dunia perfileman tempatan sehingga memilih untuk berehat hampir 10 tahun.
“Saya gembira dengan kehidupan sederhana. Namun, saya akui adalah sikit merajuk tu. Ada perkara yang saya tidak dapat capai dalam industri ini.
“Saya bukan merajuk dengan sesiapa cuma terkilan pada waktu itu, kenapa industri filem kita tidak berkembang dan tiada asas yang kuat.
“Tapi sekarang keadaan sudah menjadi lebih baik. Makin ramai pengarah berbakat seperti Adrien Teh, Syafiq Yusof dan Syamsul Yusof. Industri kita makin berwarna. Kini saya kembali pula seperti ‘underdog’,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Pierre, Jangan Pandang Belakang 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sedikit terkilan apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman di Seremban, Negeri Sembilan bagi berjumpa ibu dan bapanya.
Meski tidak berekesempatan pulang ke kampung halaman berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19, atlet berkenaan dilihat menghabiskan masa bersama anak-anaknnya dengan melakukan aktiviti di halaman rumahnya.
“Cerita nye semalam dah ready nak balik seremban, dah siap cek kereta and service sebab nak jalan jauhkan.
“Lagi pun memang lama dah plan nak balik jumpa mak ayah, family di seremban.
“So we decide untuk bergerak malam sebab bila bergerak malam memang time budak2 tido so daddy akan drive dengan tenang…tupp tupp petang semalam dia org announces lebih baik to stay at home sebab masalah wabak covid 19.
“Ermmm tak ada rezeki nak blk kampung jumpa mak and family…maybe ada hikmah…so daddy pun plan lah activity yg boleh happy kan anak2 daddy.
“So maybe korang yg dah ada family and anak2 blh try plan mcm ni dekat rumah ok…happy holiday and stay safe guys,” tulisnya.
Terdahulu, tindakan orang ramai yang dilihat mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kerajaan akibat penularan Covid-19 memenuhi perkarangan Balai Polis sejak malam tadi.
Malah, hari ini (18 Mac) merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa selama 14 hari sehingga 31 Mac bertujuan mengekang penularan Covid-19 selepas negara merekodkan peningkatan kes yang serius.
Video : Instagram Zaquan Adha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...