Genap 7 Hari, Nadzmi Adhwa Dedah Nama & Wajah Penuh Puteri Sulung, Arwa Malaikha Urwa

Share

Genap tujuh hari dilahirkan, akhirnya pelakon, Nadzmi Adhwa mendedahkan nama puteri sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa.

Perkara tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa  @babyadhwardell  My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga.

“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari.

“Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan.

“Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini Salam Jumaat,” tulisnya.

Menurut Nadzmi, video yang dimuat naik itu dirakam saat anaknya baru dilahirkan dan selesai diiqamatkan.

Video tersebut nyata menarik perhatian ramai setelah meraih lebih 150,000 tontonan dan dihujani lebih ribuan komen tidak sampai sejam ia dimuat naik.

Perkara sama turut dimuat naik oleh Ardell menerusi platform Instagram miliknya .

Pada masa sama, pasangan tersebut turut telah mencipta akaun Instagram buat anak sulung mereka dengan menggunakan nama @babyadhwaardell.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Nadzmi dan juga Ardell.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 1 September 2019 dan telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 5 Jun 2020 lalu.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

Published by
Aizam Manaf