Genap Satu Tahun Usia Anak Arwah Abam, Isteri Fad Bocey Titip Ucapan Panjang…, – “Moga Hamzah Membesar Jadi Anak Soleh.”

Share

Semalam genap ulang tahun kelahiran anak Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang pertama. 

Dalam pada itu, Nur Syahirah Rahman iaitu isteri kepada Fad Bocey turut menitip ucapan istimewa buat kanak-kanak comel itu. 

“Mommy tktau pun mommy dah pregnant hamzah masa ni .mommy selalu mntk hamzah doakan mommy dpt baby. Anak ,hrini genap setahun .mommy daddy selalu doakan yg baik buat hamzah dan ibu.

“Moga Allah sentiasa melindungi kalian .moga hamzah membesar dgn baik dan jadi anak yg soleh .

“Kita mungkin tk selalu jumpa skrg ,keadaan tk mengizinkan lgi .tpi lepasni dh boleh utk kita jumpa .klu hamzah dh besar baca la ni ,mungkin hamzah hilang ayah tapi hamzah masih ada ayah achey dan daddy fad,” tulisnya.

Menurut Syaheera, nama Allahyarham Abam sentiasa disebut-sebut dek kebaikan dan jasa yang diberikan sepanjang hayatnya. 

“Bam jujur kami semua rindu, tak pernah hilang nama abam dri hidup kami tk pernah sehari pun kmi hidup tanpa sebut atau cerita pasal abam .kami tk meratap malah cemburu abam dah ada di suatu tempat yg terbaik yg semuanya akan kembali ke situ suatu hari nanti .

“Perjalanan Bocey terlalu jauh ,sempat aku rasa susah senang bahagia derita selama bertahun ni ikut bocey .tak mungkin sya lupa kenangan susah senang kita .Al-Fatihah,” akhirinya.

Menjengah di Instagram sahabat baik arwah iaitu Fad Bocey, dia turut meluahkan isi hatinya sambil disertakan foto arwah bersama anak kesayangan. 

“Selamat hari lahir buat anaknda ddy dan mmy SYED UTHMAN HAMZAH AL JUFFREY BIN SYED UMAR MOKHTAR AL JUFFREY,semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT dilindungi dan dirahmati selalu,ddy sentiasa doakan hamzah.

“Nanti ddy n mmy hantar hadiah ye syg..sama2 kite sedekahkan AL FATIHAH,” tulisnya.

 Terdahulu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia satu tahun. 

 Foto : Instagram Syaheera Rahman, Fad Bocey, Abam Bocik

Published by
Amynur Akmal