Pengacara dan pelakon, Elly Arifin mendedahkan dia bersama bekas suami yang juga merupakan pelawak, Jiggy masih mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah hampir setahun mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Menurut Elly, perpisahan tersebut berlaku dengan cara yang baik dan mereka masih menghormati antara satu sama lain.
“Bismillahirrohmanirrohim… 30hb Januari genap SETAHUN elly dan BEKAS SUAMI @jiggymasin bercerai dengan talak satu sejak 30 Januari 2020.
“Kami tak gaduh dan masih kekalkan hubungan yang baik tanpa bermusuh. Kami berpisah secara baik dan masih menghormati sesama sendiri. Malah kami kini lebih selesa menjalani kehidupan kami sendiri sekarang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Hlive itu menerusi entri terkini yang dimuat naik menerusi laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Elly turut berharap agar orang ramai jelas mengenai perkara tersebut dan tidak lagi membuat sebarang spekulasi lebih-lebih lagi apabila melihat mereka berhubungan bersama orang lain.
“Kenapa elly naikkan posting ni? I know I ain’t nobody. Bukan nak create drama atau nak dapatkan publisiti murahan tapi sebab ramaaaiiiiii sangat yang salah faham dengan status sebenar kami sejak tahun lepas dan mula timbulkan pelbagai spekulasi bila kami berkawan dengan manusia lain.
“Jadi Elly terpanggil untuk bagitau lagi sekali supaya takde orang tanya soalan yang sama berulang kali dan menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Elly turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan buat dirinya selama ini.
“Anyways, thank you so much kepada kengkawan media yang baik hati sebab sudi mewar-warkan perkara ini untuk elak fitnah dan salah faham in the future.
“Apa-apa pun elly harap korang yang membaca ni pun dapat hormati kami dan tidak keluarkan hamburan yang memedihkan di social media kami because u have no idea what we’ve been through all this while.
Ads
“Thank you so much for your endless support guys and you know that we will always love you guys forever. Please stay safe! Kita jaga kita,” akhirinya.
Elly, atau nama sebenar, Nurul Elyana Kamalul Arifin dan bekas suami, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu.
Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Sumber: Instagram Elly Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-31, pelakon dan usahawan, Fazura menitipkan ucapan istimewa kepada Fattah Amin.
Dedikasi isitmewa itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram.
Bintang filem Dendam Pontianak ini menyifatkan pelakon berkenaan sebagai seorang suami yang hebat.
Pada masa sama, Fazura mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta kesetiaan Fattah untuk sentiasa berada di sisinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan dunia akhirat.
“Happy birthday to my wonderful husband and Fatima’s daddy. Thank you for everything you do, for your patience and for showering us with your love all day and all night.
“We pray that may Allah SWT always keep you safe in his guidance and bless you with barakah and everything you desire in dunya and akhirah. We love you so much. @fattahaminz,” tulisnya.
Ramai yang memberikan reaksi positif selepas pelakon dan pengacara, Raja Azura berkongsi kejayaan puteri bongsunya, Puteri Mia Maizura,18, yang meraih empat anugerah terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam satu majlis, baru-baru ini.
Menurut Raja Azura, Mia yangjuga bekas pelajar di Sekolah Seni Kuala Lumpur menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
“Kejayaan Mia adalah hadiah istimewa, lebih-lebih lagi saya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 18 Ogos lalu.
“Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.
“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Menurut Raja Azura, selepas Mia meraih 5A dalam SPM dia bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada bulan depan.
“Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater.
“Sebenarnya cita-cita Mia nak jadi peguam tapi disebabkan salah satu mata pelajaran tidak melepasi syarat kelayakan, jadi dia mohon jurusan teater.
“Mungkin sudah tertulis rezeki dia. Mana tahu satu hari nanti dia dapat meluaskan kerjaya yang mak dia buat selama ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menafikan dakwaan adik iparnya yang juga pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam ada meminjam wang berjumlah RM1.5 juta seperti yang tular di media sosial.