Bersempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-5, Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin berkongsi hari bahagia mereka bersama peminat, baru-baru ini.
Berkongsi rasa cinta, majlis yang disebut Malam Virtual Pengaseh itu dilakukan secara langsung menerusi ‘live’ di Facebook Shaheizy Sam dan Youtube SamTilla TV dalan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seiring Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada itu, suami kepada finalis Dewi Remaja 2010 itu menyifatkan tempoh perkahwinan yang dibinanya bersama Syatilla cukup berharga dan bermakna.
“Saya ingin berkongsi kenangan terindah dan momen selama 5 tahun kami berkahwin, saya tahu ia jangka masa yang singkat tetapi ia amat bermakna untuk kami.
“Apatah lagi setelah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bersama Pengaseh, banyak perkara yang kami kongsikan dari segi idea pengasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya.
“Banyak yang kami belajar bersama, alhamdulillah ia semakin berjaya dan berharap menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk menjana pendapatan bersama untuk menjadi stokis dan agen,” katanya.
Ads
Sementara itu, Syatilla yang mesra disapa Tilla pula menambah, ulang tahun kelima ini sangat bermakna, apatah lagi ketika usianya kini genap 30 tahun.
“Di usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan.
“Saya berharap dengan adanya Pengaseh yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk bersama-sama kami.
Ads
“Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang sama-sama ingin berjaya dalam perniagaan,” katanya.
Selain berkongsi momen cinta mereka, pasangan selebriti ini turut memberikan hadiah percutian kepada peminat bertuah yang menonton mereka secara langsung yang turut dimeriahkan dengan persembahan daripafa Kaka Azraff dengan dihoskan oleh Ain Edruce.
Ads
Malah, Tilla turut berkongsi amalan pengambilan jamu sejak yang diamakan sejak berusia 15 tahun lagi.
“Saya sendiri boleh rasa impaknya dari zaman bujang hingga sekarang. Bayangkan, saya rasa lebih bertenaga termasuk mampu rasa perbezaan daripada segi dalaman apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.
“Ia berperanan membantu hubungan bersama suami. Dan waktu sama, saya hendak tolong wanita di luar sana kerana percaya hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami isteri.
“Benar, hubungan seksual amat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kekal bahagia,” katanya.
Sam dan Tilla mendirikan rumah tangga pada 8 February 2016 dan setakat ini, mereka hidup bahagia harmoni bersama dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menjelaskan keputusannya untuk melakukan pembedahan bariatrik awal November lalu bukanlah bertujuan untuk tampil cantik atau mencari jodoh semata-mata.
Sebaliknya, ia dilakukan demi mengembalikan kesihatan yang sekaligus menjadikan dirinya lebih positif.
“Apabila kembali sihat dan dapat menurunkan berat badan melalui cara pembedahan (bariatrik) ini, saya menjadi lebih positif dan terbuka.
“Apa yang boleh saya katakan, rasa lebih gembira sebab apabila melihat kepada hasilnya, status kesihatan jadi okay dan saya lebih aktif.
“Malah asma yang pernah membuatkan saya jadi lemah sebelum ini sudah hilang. Jadi saya rasa lebih baik, positif.
“Pada masa sama sudah tentu sebagai seorang wanita, kita pun mahu tampil dengan figura yang ideal,” katanya.
Lufya pada masa sama mendedahkan, untuk kembali kepada bentuk tubuh sebelum ini dia perlu menurunkan berat kira-kira 10 kilogram lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata berusia 36 tahun ini turut berkongsi pengalaman asma yang pernah dialami sebelum ini.
“Masalah asma yang dihadapi sudah dialami sejak beberapa bulan lalu. Hari-hari ia menyerang, sebelum ini situasi tersebut tidak pernah begitu. Malah saya pernah ke hospital mendapatkan rawatan dan sebagainya.
“Jadi daripada situ saya tertanya-tanya mengapa keadaan kesihatan diri kian menurun dan sudah tidak aktif seperti dulu. Jalan pun ada rasa mengah. Jadi saya ambil keputusan untuk lakukannya (bariatrik),” katanya.
Tambah Lufya lagi, selepas mendapatkan pandangan daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr. Mustafa Mohammed Taher, Lufya optimis terhadap prosedur berkenaan.
Dr. Mustafa antara pakar bedah GI dan bariatrik yang telah melakukan lebih daripada 2,000 prosedur pembedahan bariatrik sepanjang tempoh tiga tahun lalu.
Kebanyakan pesakit beliau mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan pelbagai aktiviti harian.
Obesiti menjadi masalah pandemik dengan istilah global baharu seperti globesiti atau diabetes yang mencerminkan bilangan pesakit diabetes lebih tinggi dengan kawalan gula yang lebih lemah. Hal itu meningkatkan kos penyakit kronik lebih tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ernie Zakri mendedahkan dirinya rasa terharu apabila kali pertama dapat menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah dan lebih bermakna, rombongan berkenaan turut sertai ibu dan bapanya.
Malah pemilik nama lengkap, Nur Ernie Shahirah Zakrie ini turut menambah, dia juga bersyukur atas nikmat rezeki yang dilimpahkanNya.
“Alhamdulillah, syukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan ini. Sebelum ini tengok orang lain dapat pergi, saya sentiasa berdoa semoga suatu hari dapat sampai juga.
“Mungkin juga dengan berkat doa kawan, Allah perkenankan. Bagi saya, ini rahmat yang tidak terhingga. Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur.
“Kali pertama menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan menatap Kaabah depan mata, tidak sedar air mata menitis sendiri. Segala perasaan ada.
“Terima kasih Allah kerana menjemput saya dan keluarga menjadi tetamu-Mu,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Ernie yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi lagu Kubersuara Feberuari depan turut menjelaskan fokusnya di tanah suci adalah untuk melakukan ibadah dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan urusan. Fokus saya adalah ibadah. Di sini tak fikir langsung soal kerja. Rugi rasanya tidak manfaatkan masa yang ada ini dengan sebaiknya.
“Insya Allah, selepas ini nak bertolak ke Madinah pula. Saya juga berdoa semoga dipermudahkan laluan untuk ke Raudah. Saya akan cuba untuk masuk juga, walaupun orang cakap agak susah.
“Apa yang pasti, ini pengalaman berharga saya. Tidak dapat dicari di mana-mana. Betul orang cakap, di sinilah tempat paling tenang di muka bumi ini. Kalau diberikan rezeki lagi, saya pasti ke sini lagi,” impi Ernie.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah mengasilkan hampir 15 buah lagu OST filem sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, penyanyi, Daqmie mengakui dia lebih selesa dikenali kerana karyanya berbanding dirinya sendiri.
Menurutnya, situasi ini membolehkan dia menjadi dirinya sendiri tanpa perlu memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya.
“Saya lagi suka begini. Jujur saya katakan. Sampai sekarang saya dua minggu sekali pergi pasar beli ikan tapi takda orang kenal. Happy beb.
“Mungkin ada yang kenal tapi segan nak tegur. Kalau orang kenal pun alhamdulillah. Saya lebih selesa begini. Jadi saya tidak perlu terlalu control bila di luar.
“Kita pakai selipar jepun di luar pun orang tak kisah. Saya juga rimas kalau nak pakai cantik setiap masa,” katanya kepada MH.
Daqmie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih yang berlansung di Pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.
Akui peminat juga memainkan peranan, Daqmie menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kejayanya sahaja.
“Tapi bila soal kerja saya ingin orang mengenali saya. Maksudnya dengan orang-orang yang berpengaruh di dalam industri kita harus juga dikenali.
“Bukan niat saya menidakkan peminat, bagi saya peminat juga penting tapi saya tidak mahu terlalu ekstrim sangat.
“Biar orang kenal lagu, kita buat kerja dan kita dapat duit untuk sara anak bini itu sudah memadai,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Daqmie turut memuji pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang dikatakan tidak pernah berubah sejak pertama kali berkerjasama menerusi filem 7 Petala Cinta.
Pelantun lagu popular 'Lagi Syantik', Siti Badriah selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi perempuan, pada Khamis, 15 Mei 2025 di Mandaya Royal Hospital Puri,...