
Legenda Hollywood, Gene Hackma, 95m dan isterinya, Betsy Arakawa, 64, dan anjing peliharaan mereka telah ditemui meninggal dunia di kediaman mereka yang terletak di Santa Fe, New Mexico.
Menurut Pejabat Sheriff Santa Fe, pasangan itu ditemui tidak bernyawa pada Rabu sekitar jam 1:45 petang. .
Setakat ini tiada unsur jenayah disyaki, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mereka.
Imbas kembali, Gene merupakan seorang bekas anggota Marin dengan suara serak yang ikonik telah membintangi lebih 80 filem sepanjang kariernya.
Namanya melonjak menerusi filem Bonnie and Clyde pada 1967 sebelum memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi The French Connection pada 1971.

Kehebatannya tidak terhenti disitu apabila beliau juga turut meraih Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Unforgiven pada 1993.
Dikenali dengan watak yang berkarisma, Hackman membawakan pelbagai peranan termasuklah sebagai Lex Luthor dalam filem Superman versi 1978 dan jurulatih bola keranjang dalam filem Hoosiers yang diterbitkan pada 1986.
Lakonan terakhirnya ialah pada tahun 20004 menerusi filem komedi Welcome to Mooseport sebelum bersara pada usia 70-an.
Selepas bersara, Hackman menjalani kehidupan tenang di luar Santa Fe bersama Betsy, yang dikahwininya pada 1991. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Walaupun begitu, Gene mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Faye Maltese.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI