“Get Well Soon My Wife, Doakan Nissa Ye…,” – Ada Jangkitan Kuman Pada Air Kencing, Isteri Syahmi Sazli Masuk Hospital

Share

Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Anissa Faizul kini sedang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital selepas doktor mendapati ada jangkitan kuman pada air kencingnya.

Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Syahmi menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Syahmi, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul 35mm.

“Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing.

“Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya.

Katanya lagi, isterinya itu terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan isterinya agar segera sembuh seperti sedia kala.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga isteri Syahmi akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Get well soon Nissa. Kena minum air masak banyak-banyak.

“MasyaAllah, semoga Allah SWT memberi kekutan dan kesembuhan serta kembali sihat buat Nissa.

“Syafakallah Nissa. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah.

Sementara itu, baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, Nissa memaklumkan dia kini sedang hamil anak ke-2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli

Published by
Aizam Manaf